PUSAT SATELIT ISN

1. Pada tahun 2007, Pusat Satelit ISN dibuka dan beroperasi di bawah kendalian ISN. Pusat satelit ini menyediakan perkhidmatan sains sukan kepada atlet-atlet di peringkat negeri di seluruh negara. Walau bagaimanapun, kesemua pusat satelit di setiap negeri ditutup pada tahun 2018 disebabkan oleh kekangan dari segi kos.

2. Namun demikian, ISN sedar akan permintaan terhadap kepakaran sains dan perubatan sukan di negeri-negeri amat menggalakkan. Ini kerana wujudnya kesedaran dalam kalangan penggiat sukan terhadap kepentingan elemen sains, perubatan dan teknologi sukan dalam pembangunan sukan negara. Oleh yang demikian, keperluan kerjasama di antara ISN dan rakan-rakan strategik untuk mewujudkan Pusat Satelit adalah relevan dan wajar.

Pelaksanaan Pusat Satelit ISN berpandukan Seksyen 24, Akta Institut Sukan Negara 2011 (Akta 729 atau Akta ISN).

Seksyen 24. Pusat Satelit

  1. Institut boleh menubuhkan pusat satelit untuk memberikan perkhidmatan nasihat, perundingan, penyelidikan dan perkhidmatan yang berkaitan dalam bidang sains sukan dan perubatan sukan.
  2. Pusat satelit yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah diketuai oleh seseorang yang dilantik oleh Institut.
  3. Ketua pusat satelit hendaklah bertanggungjawab kepada Institut dan hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan yang diberikan oleh Institut kepadanya.
  4. Pusat satelit yang menyenggarakan klinik, farmasi, makmal dan kemudahan lain bagi perubatan sukan hendaklah tertakluk kepada apa-apa undang-undang bertulis yang berhubungan dengan penubuhan, penyenggaraan dan pentadbiran klinik, farmasi, makmal, dan kemudahan lain itu.
  5. Pusat satelit hendaklah menggunakan apa-apa nama yang diberikan oleh Institut.

 

Kertas Polisi Pusat Satelit Institut Sukan Negara diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Institut Penggal Keenam Bilangan 4, 19 Julai 2022.

Sila klik pada ikon di bawah untuk melihat kandungan Kertas Polisi Pusat Satelit ISN.

>> Klik Disini

Pusat Satelit beraspirasi untuk menjadi hab berdasarkan fungsi ISN seperti:

  • Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam sains sukan, perubatan sukan dan / atau teknologi sukan (secara bersesama);
  • Memberikan perkhidmatan dalam sains sukan, perubatan sukan dan / atau teknologi sukan;
  • Mengembangkan teknologi sukan serta inovasi dalam bidang sukan; serta
  • Fungsi-fungsi lain tertakluk kepada Seksyen 5 Akta ISN.

1.  Memastikan kesemua aktiviti yang dijalankan di Pusat Satelit ISN ini sejajar dengan visi, misi, moto, pelan strategik ISN dan Seksyen 24 Akta ISN.

2.  Segala aktiviti dan perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Satelit ISN ini adalah tertakluk kepada undang-undang negara dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh ISN.

3.  Kriteria lain yang perlu diambil kira dalam proses pemilihan rakan sekutu (strategic partner) termasuk:

  •   Kemahiran dan kepakaran yang berkenaan;
  •   Lokasi;
  •   Logistik;
  •   Aktiviti, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan; dan
  •   Lain-lain yang disahkan sesuai dan manfaat.

4.  Penubuhan Pusat Satelit ISN tidak akan memberi sebarang implikasi kewangan kepada ISN.  Segala perbelanjaan operasi dan pengurusan akan diuruskan oleh Pusat Satelit ISN itu sendiri.

5.  Aktiviti penubuhan, pengiktirafan dan pengurusan Pusat Satelit ini akan dijalankan melalui Key Performance Indicator (KPI), perancangan perniagaan, dan rancangan pelaburan oleh Pusat Satelit ISN tersebut.

PENGIKTIRAFAN TAHUN 2023

Pengiktirafan sebagai Pusat Satelit ISN telah dilaksanakan kepada tiga (3) buah organisasi / institusi seperti berikut:

ISN
UM
 
  • Pusat Sukan UM telah ditubuhkan pada 1986. Ia merupakan institusi pengajian tinggi pertama di Malaysia yang menawarkan program ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada tahun 1995. Selain program akademiknya, Pusat ini juga menganjurkan aktiviti sukan dan kursus kokurikulum, selain menjadi badan penyelaras bagi penggunaan semua kemudahan sukan di kampus.
  • Sebagai institusi perintis di Malaysia dan Asia yang mula menawarkan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada 1995, Universiti Malaya telah melahirkan lebih 1,000 graduan program ini sejak 1999.
  • Pusat Sukan telah dan sedang mengambil peranan mereka sebagai pemimpin dalam bidang ini, menguruskan sukan di kedua-dua sektor awam dan swasta. Bermula pada Mac 2018 Pusat Sukan dikenali sebagai FAKULTI SUKAN DAN SAINS EKSESAIS (FSSE).
  • Misi FSSE ialah untuk menerajui pembangunan dalam Sains Sukan melalui pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dan juga menyediakan perkhidmatan berkualiti dan menggalakkan penyertaan sukan dalam kalangan masyarakat kampus dalam menggalakkan gaya hidup sihat.
  • Oleh yang demikian, pengiktirafan FSSE, UM sebagai Pusat Satelit ISN dalam Bidang Sains Sukan akan membantu atlet-atlet di pelbagai peringkat kebangsaan dan juga negeri untuk meningkatkan prestasi sukan mereka hingga ke tahap optimum.

 

>> Klik sini untuk ke Faculty Sports And Exercise Science, UM

  • Melalui dedikasi dan kerja keras kakitangannya, UTM telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi. Cendekiawan dan pelajarnya tidak pernah gagal mencapai matlamat dan mencipta nama untuk diri mereka sendiri, universiti dan negara ke mana sahaja mereka pergi. Sesungguhnya, UTM telah dan akan sentiasa, sinonim dengan kemajuan dan pembangunan sains serta teknologi di Malaysia.
  • UTM komited untuk mencapai kecemerlangan dalam pembangunan sumber manusia serta sains dan teknologi melalui inovasi bagi memenuhi jangkaan dan harapan pelanggannya.
  • Objektif kualiti UTM menyatakan bahawa UTM melalui SITC akan berusaha untuk mencapai kualiti tahap tertinggi melalui penambahbaikan yang berterusan. Penekanan diberikan kepada proses inovasi, kreativiti dan ‘zero defect’ melalui kerjasama bersepadu dalam penyelidikan, pembangunan dan pendidikan dengan organisasi yang sesuai.
  • Sports Innovation Technology Centre (SITC), adalah pusat penyelidikan yang terkenal di peringkat antarabangsa untuk penyelidikan dan perundingan, dengan lebih 10 tahun pengalaman kumulatif. Pusat ini ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Profesor Dr. Abdul Hafidz Omar di UTM Kampus Skudai.
  • SITC menawarkan usaha antara disiplin dalam bidang yang baru muncul ini di mana teknik dan teknologi kejuruteraan daripada pelbagai disiplin digunakan untuk menangani keperluan dalam industri sukan. Di SITC, ia meletakkan asas untuk membangunkan teknologi sukan sebagai bidang pengajian akademik.
  • Pengiktirafan SITC, UTM Kampus Skudai sebagai Pusat Satelit ISN dalam Bidang Inovasi Teknologi Sukan untuk membangunkan lagi bidang tersebut selain daripada ISN.

 

>> Klik Sini untuk ke Sports Innovation & Technology Centre, UTM

ISN
UNISZA
 
  • Fakulti Sains Kesihatan (FSK) telah diwujudkan pada tahun 2015 dan merupakan pecahan dari Fakulti Perubatan yang ditubuhkan pada tahun 2006. FSK terdiri dari program-program dalam dietetik, pemakanan, bioperubatan, radiasi perubatan, radiografi, fisioterapi dan teknologi makmal perubatan yang ditawarkan di peringkat sarjana muda dan pasca siswazah.
  • FSK yang terletak di Kampus Gong Badak ini mempunyai kakitangan yang berkelayakan tinggi dan mewakili jumlah tertinggi healthcare trainers di rantau ini. Kebanyakan kakitangan akademik adalah pakar dalam bidang mereka yang kebanyakannya diiktiraf di peringkat antarabangsa.
  • Visi FSK adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan akademik melahirkan profesional kesihatan yang holistik dan misi untuk fakulti adalah melahirkan graduan sains kesihatan yang halus dan mahir selaras dengan keperluan masyarakat melalui kecemerlangan akademik dan penyelidikan.
  • Kerjasama dan menandatangani MoA bersama-sama dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu semenjak tahun 2019 telah membuktikan keinginan pihak UniSZA membantu atlet-atlet negeri Terengganu sama ada di peringkat kebangsaan mahupun peringkat negeri / persatuan sukan terutama dalam persiapan SUKMA dan proses pemulihan selepas itu.
  • Penubuhan dan pengoperasian Hospital UniSZA (yang dijangka dirasmikan pada Mac 2024) berdekatan Gong Badak juga akan memperluaskan lagi skop rawatan dalam bidang perubatan dan sains kesihatan oleh FSK.
  • Sehubungan dengan itu, pengiktirafan FSK, UniSZA sebagai Pusat Satelit ISN dalam Bidang Perubatan Sukan untuk memperluaskan perkhidmatan ini terutama di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia amnya dan di seluruh negeri Terengganu khususnya.

 

>> Klik Sini untuk ke Fakulti Sains Kesihatan, UniSZA

PERMOHONAN

Permohonan dibuka sepanjang tahun. Pemohon boleh menghantar Borang Permohonan kepada Sekretariat Pusat Satelit

BORANG

Maklumat permohonan akan disebarkan melalui laman web ISN dan sosial media ISN. Borang Permohonan boleh didapati di laman web ISN

SEKRETARIAT

Cawangan ISN Komersial sebagai sekretariat Pusat Satelit ISN

GOVERNANS

Sebuah Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi memastikan program dan aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan garis panduan yang ditetapkan

PEMANTAUAN

Ketua Pusat Satelit yang dilantik mesti menghantar laporan aktiviti kepada Sekretariat / Jawatankuasa Penilaian & Pemantauan dan laporan pemantauan dilaporkan kepada MPT

PENGKOMERSIALAN

Segala inovasi atau hasil dapatan dari penyelidikan dan / atau kajian yang dilakukan di Pusat Satelit boleh dikomersialkan oleh ISN

BORANG PERMOHONAN PUSAT SATELIT ISN

 

 

 

 

 

ARTIKEL

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN BAGI PROGRAM PENGIKTIRAFAN PUSAT SATELIT ISN

Institut Sukan Negara (ISN) telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan tiga (3) universiti awam iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada hari ini 12 Oktober 2023 (Khamis), 3.00 petang di Espira Kinrara, Puchong, Selangor. ISN merupakan sebuah Badan Berkanun

Read More »

GALERI GAMBAR

 

 

isn
 

SEKRETARIAT PUSAT SATELIT ISN
Cawangan ISN Komersial
Bahagian Strategik Dan Pengkomersialan
Institut Sukan Negara (ISN)
Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur
Tel: +603-8992 4552 / 4559
Emel : [email protected] / [email protected]