Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Korporat

photo

KOSONG

Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Korporat

photo

PN. ZURAIFAH BINTI ABD RAHIM

Ketua Cawangan Pengurusan

photo

EN. MOHAMAD FAJAR BIN MOHAMED KASIM

Ketua Cawangan Kewangan

photo

PN. FAIZAH BINTI SALLEH

Ketua Cawangan Korporat

DSC_5977

EN. ROHAN A/L GANASON

Ketua Cawangan Pengkomersialan


FUNGSI CAWANGAN PENTADBIRAN

  1. Mengurus penyampaian, hal-hal pemodenan pentadbiran dan peningkatan kualiti
  2. Mengurus pelaksanaan Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ)
  3. Mengurus dan menyelaras pelaksanaan EKSA/KIK/ISO
  4. Urusetia perhimpunan bulanan diperingkat KBS/ ISN
  5. Mengurus sistem dokumentasi rekod dan pejabat
  6. Mengendali urusan rasmi perkhidmatan pos
  7. Menyelaras & mengurus pelaksanaan keselamatan pejabat
  8. Menyediakan pas pekerja, buku rawatan, klinik panel & dokumen pengenalan  lain yang diperlukan
  9. Mengurus permohonan tempahan Dewan/ Bilik Mesyuarat ISN
  10. Mengurus kenderaan rasmi  Jabatan untuk permohonan penggunaan dan penyelenggaraan
  11. Urus lantikan Pegawai Aset, ahli jawatankuasa JKPAK, Pegawai Pemeriksa, Pegawai Pemverifikasi Stor, Lembaga Pemeriksa Pelupusan, Jawatankuasa Penyiasat
  12. Urusetia pengurusan aset alih kerajaan dan stor serta urusetia mesyuarat JKPAK peringkat ISN/KBS dan penyediaan laporan suku tahun
    Urusetia pengurusan aset alih kerajaan dan stor serta mesyuarat JKPAK peringkat ISN/KBS
  13. Kawal selia pengurusan aset alih dan stor mengikut tatacara pengurusan aset dan stor mengikut 1PP
  14. Semakan bekalan mengikut spesifikasi permohonan
  15. Mengurus proses pelupusan dan kehilangan aset  ISN
  16. Memproses permohonan kerja lebih masa
  17. Khidmat Pelanggan (Piagam Pelanggan dan telefonis)

FUNGSI CAWANGAN SUMBER MANUSIA

  1. Mengkaji dan merancang keperluan perjawatan dan sumber manusia
  2. Mengkaji dan melaksanakan penyusunan semula struktur organisasi yang melibatkan kajian struktur, fungsi ,visi,misi dan objektif berdasarkan keperluan
  3. Mentadbir urusan perkhidmatan dari segi;
    1. Pengambilan, Penempatan, Pertukaran, Pengesahan dalam Perkhidmatan, Pemberian Taraf Berpencen, Persaraan, Penamatan/Perletakan Jawatan/Pelepasan Jawatan dan Pelanjutan Kontrak
  4. Menguruskan elaun dan kemudahan kakitangan
  5. Urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia
  6. Mentadbir Sistem HRMIS dan SPSM
  7. Merancang keperluan Program Pembangunan Sumber Manusia berdasarkan Pelan Operasi Latihan (POL)
  8. Menyediakan Keperluan Analisis Latihan kakitangan
  9. Mengurus program Latihan Dalam Perkhidmatan Dalam Negara dan Luar Negara
  10. Mengurus dan menyelaras biasiswa dan melanjutkan pelajaran kakitangan
  11. Mengurus peperiksaan dan kursus wajib bagi kakitangan tetap
  12. Mentadbir urusan perkhidmatan pegawai asing dari segi;
    1. Pengambilan, Penempatan, Pertukaran, Penamatan, Pelanjutan Kontrak
  13. Mengurus penyediaan dokumen berkaitan urusan LHDN, Jabatan Imigresen dan lain-lain agensi berkaitan
  14. Mentadbir Sistem MyPayroll dalam mengurus maklumat pembayaran/potongan/pelarasan gaji kakitangan
  15. Menguruskan urusan tatatertib
  16. Urusetia Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU)
  17. Memantau dan menyelaras urusan prestasi kakitangan
  18. Menyelaras pencalonan penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KBS dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan
  19. Menyelaras pengisytiharan harta kakitangan

FUNGSI CAWANGAN PENGURUSAN HARTA DAN KEMUDAHAN

  1. Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan projek-projek naiktaraf/ubahsuai/pembangunan
  2. Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan yang dijalankan secara ‘in-house’ dan ‘out-source’
  3. Mengurus dan memeriksa semua peralatan pembersihan dan lanskaping serta peralatan pembaikan dan penyelenggaraan agar berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan
  4. Merancang serta melaksanakan penyelenggaraan berkala yang dijalankan secara ‘in-house’
  5. Merancang dan memantau pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaran berkala yang dijalankan oleh kontraktor
  6. Mengambil tindakan ke atas aduan kerosakan yang diterima
  7. Mengemaskini dan menyimpan inventori aset tidak alih milik ISN

FUNGSI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN KORPORAT

1. Merancang, mengurus dan melaksana urusan pembangunan organisasi dan sumber manusia.

2. Mengurus dan melaksanakan urusan perkhidmatan dan pengurusan personel yang cekap dan teratur berdasarkan prinsip-prinsip perkhidmatan serta peraturan-peraturan yang ditetapkan.

3. Melahirkan anggota ISN yang berkualiti dan kompeten melalui pengurusan prestasi yang efisien bagi mencapai objektif Bahagian.

4. Merancang, mengurus menyelaras dan melaksana program latihan / kursus / peperiksaan termasuk cuti belajar dan melanjutkan pelajaran bagi memberi dan meningkatkan peningkatan dan kecekapan dalam melaksanakan tugas pegawai dan anggota ISN

5. Memberi perkhidmatan pentadbiran am dan pengurusan kualiti kepada warga Institut dengan cekap dan berkesan, mengikut aturan dan arahan yang telah ditetapkan.

6. Mengurus, mengawal selia dan memastikan pengurusan aset dan stor di ISN mengikut tatacara pengurusan aset dan stor yang termaktub dalam Pekeliling 1PP.

7. Bertanggungjawab kepada kawalan keselamatan Institut seperti menyelaras sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di ISN (Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 & Arahan Keselamatan Kerajaan Malaysia), merangka pelan tindakan keselamatan dan kebakaran serta bertanggungjawab kepada kerja-kerja yang berkaitan keselamatan di ISN

8. Merancang dan melaksanakan projek-projek naiktaraf / ubahsuai / pembangunan milik Institut Sukan Negara (ISN).

9. Merancang dan memantau pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan berkala yang dijalankan secara ‘inhouse’ dan ‘outsource’ supaya menepati spesifikasi kerja dan takwim perancangan.

10. Memastikan semua perkhidmatan, kemudahan dan keperluan teknologi maklumat yang merangkumi perkasasan, perisian, rangkaian, keselamatn, dan infrastruktur ICT diurus dan ditadbir secara tepat dan selamat mengikut keperluan dan masa yang ditetapkan.

11. Merancang pembangunan sistem dan laman web ISN.

12. Mengurus hal ehwal kewangan ISN mengikut prinsip-prinsip kewangan yang ditetapkan oleh undang-undang.

13. Memastikan sistem perakaunan yang teratur dan cekap bagi pungutan hasil dan perbelanjaan yang telah diluluskan.

14. Mengurus perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja mengikut peraturan.

15. Memberi perkhidmatan perundangan yang berkualiti dan profesional selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia kepada Institut.

16. Merancang, mengurus dan melaksanakan semua urusan pengantarabangsaan ISN.

17. Merancang dan menyelaras urusan berkaitan Dasar, Parlimen, Jemaah Menteri dan Lembaga Institut.

18. Merancang dan menyelaras penyediaan Pelan Strategik ISN.

19. Merancang dan melaksanakan strategi perhubungan media dan perhubungan awam secara teratur dan berkesan serta mempromosi program-program melalui laman web dan media sosial rasmi Institut.

20. Menguruskan media melalui kebijaksanaan serta kewarasan membuat keputusan serta menyampaikan maklumat sebenar kepada orang awam dan pelanggan

21. Memainkan peranan sebagai pusat rujukan dan repositori maklumat sukan negara.

22. Merancang dan melaksanakan projek-projek jangka panjang dan jangka pendek knowledge management (KM).

23. Melaksanakan Dasar Penjanaan Pendapatan ISN

24. Pentadbiran Peraturan Caj dan Fi ISN

25. Merancang dan melaksanakan strategi pengkomersialan ISN secara berterusan.