Syarat-Syarat:
- Warganegara Malaysia.
- Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPTA/Swasta dalam dan luar negara.
- Pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan pengajian CGPA 3.4 dan ke atas. Bagi pelajar yang mempunyai CGPA kurang daripada 2.8 pula tertakluk kepada lain-lain kriteria yang menarik serta kukuh dan dipersetujui oleh pihak Institut.
- Pelajar boleh memohon mana-mana Bahagian/Jabatan/Pusat yang difikirkan bersesuaian dengan kursus pengajian (Tertakluk kepada kekosongan).
- Pelajar akan mengikuti latihan praktikal bersamaan dengan waktu pejabat yang ditetapkan pada hari bekerja.
- Tempoh latihan praktikal adalah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh IPTA/Swasta.
- Sekiranya pihak Institut menerima permohonan kurang daripada 30 hari sebelum latihan praktikal, permohonan tersebut tidak akan dilayan atau diproses.
- Bermula Januari 2016, pihak pengurusan mengambil keputusan untuk TIDAK membayar elaun latihan amali kepada pelajar. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Cara-Cara Permohonan:
- Melengkapkan Borang Permohonan (muat turun pada Lampiran di bawah). Pelajar hanya perlu mengisi maklumat di bahagian Maklumat Pelajar sahaja.
- Menyertakan surat permohonan menjalani latihan praktikal daripada Penyelaras Latihan Amali IPTA/Swasta masing-masing.
- Menyediakan dokumen Maklumat Lengkap Peribadi atau Resume seperti berikut:
- Maklumat Peribadi.
- Maklumat Pendidikan / Keputusan Peperiksaan.
- Penglibatan Aktiviti Kokurikulum.
- Rujukan Pendidikan.
Setelah lengkap dokumen di para 1, 2 dan 3, sila emelkan ke [email protected] untuk tindakan lanjut.
Sebarang perubahan syarat adalah tertakluk kepada pihak Pengurusan Jabatan Sumber Manusia, ISN. Sekiranya terdapat kemusykilan berkaitan pertanyaan dan permohonan sila hubungi di talian 03-8991 4535.
Lampiran:
* Borang Permohonan (Download)