BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

DR. YEO WEE KIAN

Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Inovasi

DR. THUNG JIN SENG

Ketua Cawangan Penyelidikan Translasi

EN. MOHD NADZRIN BIN MOHD HAMDAN

Ketua Cawangan Pengurusan Penyelidikan dan Makmal Bersepadu

PN. SYARIFAH FATHYNAH BINTI SYED SHEIKH

Ketua Knowledge Management Centre

EN. MOHD ZAID BIN MOHD GHAZALI

Ketua Cawangan TID

FUNGSI BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

1. Merangka, merancang, mengendali, menyelaras dan memantau isu – isu mengenai tadbir urus penyelidikan seperti pengurusan geran penyelidikan, penyelarasan penyelidikan, kawalan dan pemantauan penyelidikan serta penerbitan hasil dapatan dan laporan penyelidikan.

2. Memberi penekanan dalam pelaksanaan polisi, peraturan, garis panduan dan prosedur penyelidikan bagi menggalakkan, membudayakan dan mempromosi aktiviti penyelidikan di kalangan warga ISN.

3. Menetapkan penanda aras makmal bersepadu yang berorientasikan sains, perubatan dan teknologi sukan.

4. Menetapkan hala tuju penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains, perubatan dan teknologi sukan.

5. Melaksanakan projek-projek penyelidikan lanjutan yang berimpak tinggi, berinovasi dan mempunyai nilai-nilai pengkomersialan.

6. Menguruskan pangkalan data Bahagian yang merangkumi data-data projek penyelidikan, maklumat geran penyelidikan, maklumat kertas cadangan penyelidikan dan penghasilan dapatan penyelidikan.


PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PENYELIDIKAN & TEKNOLOGI

  1. Memastikan surat tawaran geran penyelidikan atau keputusan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas keputusan permohonan diterima.
  2. Mencapai sekurang-kurangnya 75% tahap kepuasan peserta terhadap pengendalian, penyampaian dan kemudahan program.

Selaras dengan misi dan visi Institut Sukan Negara, Bahagian Penyelidikan dan Teknologi berperanan untuk memastikan amalan, penyelidikan, inovasi dan pembangunan di dalam bidang perubatan, sains dan teknologi sukan. Bahagian ini bertanggungjawab dalam pengurusan penyelidikan, menjalankan projek penyelidikan dan inovasi untuk meningkatkan prestasi sukan. Selain itu, program dan aktiviti pendidikan turut diadakan di bawah bahagian ini bagi menerap amalan perubatan, sains dan teknologi sukan menerusi proses pemindahan pengetahuan (transfer of knowledge) kepada para penggiat sukan. Tiga buah Pusat ditubuhkan untuk merealisasikan peranan Bahagian ini iaitu:

  • Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan Sukan
  • Cawangan Pengurusan Penyelidikan
  • Cawangan Pendidikan Profesional

Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan Sukan

Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sukan berperanan sebagai pusat menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi sukan bagi meningkatkan tahap penghasilan teknologi inovasi sukan, sekali gus membantu meningkatkan prestasi sukan negara. Selain itu, pusat ini juga menjalankan penyelidikan berkaitan dengan i) sports performance dalam kalangan atlet negara dan ii) sains senaman dan gaya hidup aktif kepada komuniti.

Aplikasi teknologi dalam sukan adalah merupakan satu platform untuk meningkatkan prestasi atlet disamping membolehkan Malaysia bersaing sama aras dengan gergasi sukan dunia. Negara-negara maju telah lama mengadaptasikan aplikasi teknologi terhadap atlet mereka dan ini dapat dilihat pada prestasi mereka di persada sukan antarabangsa. Kepentingan aplikasi teknologi dalam sukan merupakan elemen yang penting dalam perkembangan atlet samada semasa latihan atau pertandingan.

Secara am, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sukan adalah seperti berikut:

  1. Mengenalpasti skop penyelidikan dan pembangunan teknologi sukan yang berimpak tinggi bagi memenuhi keperluan semasa ISN research priority area daripada hasil perbincangan bersama dengan pemegang taruh.
  2. Menjalankan penyelidikan secara in-house dan kolaborasi dengan agensi-agensi luar seperti (UniMAP, UMP, Universiti Monash dll).
  3. Mengenalpasti dan menjalinkan perkongsian pintar (smart partnership).

Antara tajuk kajian sains sukan, perubatan sukan, pembangunan teknologi dalam sukan dan sains senaman gaya hidup aktif yang telah dijayakan oleh pusat ini dalam pelbagai medium adalah seperti berikut:

Pembentangan hasil kajian secara lisan dan penghasilan artikel dalam jurnal terpilih

  1. Prevalence of Sexual Harassment in Sports: Malaysian Athletes Experience
  2. Effectiveness of a Malaysian Workplace Intervention Study on Physical Activity Levels
  3. Smoking Habit among Malaysian Adolescent Athletes

Pembentangan hasil kajian secara lisan

  1. Physiological Responses of Competitive Badminton Mixed Doubles Matches
  2. Quantifying Internal Load during Competitive Badminton Matches: A Comparison of Subjective and Objective Methods.
  3. Objective Measurement of Physical Activity among Adolescents in Selected Schools in Kuala Lumpur, Malaysia: Protocol, Compliance and Time Spent on Physical Activity.

Pembentangan hasil kajian secara poster

  1. Objectively Measured Physical Activity in Working Adults: A Cross-Sectional Study

Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Sukan

  1. Development of Mid – Thigh Pull Equipment
  2. Force Platform with 320Hz Sampling Rate
  3. Wireless Axis 360 Motion Control at the Tripod
  4. Isometric Strength of the Knee Extensors and Flexors Measurer

Penyelidikan Gaya Hidup Aktif

  1. Comparison between playing “Sukan Rakyat” and Exergaming on Energy Expenditure and Cognitive Ability
  2. Workplace Intervention to Reduce Physical Inactivity: An Examination of the Effectiveness of Periodic Step Board Exercise on Health Markers in Sedentary Office Working Adults

Antara kejayaan yang telah diraih oleh Pusat ini adalah seperti berikut:

  1. Institut Sukan Negara melalui Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sukan telah diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Teknologi Sukan Negara di Majlis Sains Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak pada 2 Mei 2017.
  2. Projek Mid – Thigh Pull telah berjaya merangkul Naib Johan dalam pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Kebangsaan (KIK)peringkat KBS.
  3. Anugerah ‘Excellent Oral Presentation’ kepada Encik Kokum Gayanath Weeratunga di 6th International Workshops on Database and Data Mining pada 2 – 4 Jun 2017, Chengdu, China.
  4. Anugerah ‘Best Paper’ kepada Encik Mohd Zaid bin Mohd Ghazali di 18th International Conference on Physical Activity and Sports Sciencepada 10 – 11 Oktober 2016, Osaka, Japan.

Anugerah ‘Young Investigator’ kepada Cik Nur Hafizah binti Kamarudin di 3rd International Conference on Movement, Health and Exercise (MoHE 2016) pada 28 – 30 September 2016, Melaka, Malaysia.


Cawangan Pengurusan Penyelidikan (Research Management Centre – RMC)

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) memainkan peranan dalam menggubal, merangka, merancang, membangun serta melaksanakan polisi, prosedur dan pengurusan penyelidikan di ISN. Ia juga menyelaras, memantau dan menilai keberkesanan atau impak sesuatu projek penyelidikan di samping penyediaan laporan penyelidikan dan inovasi melalui sistem tadbir urus penyelidikan seperti pengurusan geran penyelidikan, pemantauan projek penyelidikan dan keberhasilan projek penyelidikan.

Mulai tahun 2017, semua permohonan penyelidikan adalah melalui sistem atas talian iaitu Pengurusan Sistem Penyelidikan atau lebih dikenali sebagai Research Management System (RMS). Sistem ini memudahcarakan urusan bagi proses-proses seperti berikut:

  1. Permohonan kertas cadangan penyelidikan
  2. Permohonan geran penyelidikan
  3. Permohonan etika penyelidikan
  4. Permohonan pembantu penyelidik
  5. Permohonan harta intelek
  6. Permohonan menghadiri konferen
  7. Permohonan melanjutkan pengajian
  8. Pelaporan kemajuan projek penyelidikan
  9. Penghantaran artikel untuk penerbitan
  10. Penilaian kertas cadangan penyelidikan

RMC menguruskan Jawatankuasa Penyelidikan ISN dan Jawatankuasa Etika Penyelidikan ISN (Manusia). RMC juga menganjurkan bengkel dalaman yang bertujuan untuk membantu pegawai dan staf terutamanya dalam penyelidikan. Antara bengkel yang dilaksanakan ialah bengkel statistik, bengkel penyediaan kertas cadangan penyelidikan, sesi latihan penggunaan peralatan saintifik serta lain-lain bengkel penyelidikan yang berkaitan. Selain itu, RMC menyelaras dan menguruskan beberapa penerbitan ISN antaranya adalah ISN Today dan Research Committee Report.

Di samping itu, RMC juga terlibat dalam tadbir urus pembangunan bukan fizikal untuk perolehan peralatan saintifik untuk kajian dan penyelidikan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia. Antara projek yang telah dan sedang diuruskan adalah seperti berikut:

  1. Perolehan peralatan sains sukan Institut Sukan Negara
  2. Perolehan peralatan saintifik dan recovery untuk makmal recovery science bersekutu
  3. Kajian dan penyelidikan sukan
  4. Perolehan peralatan saintifik untuk kajian dan penyelidikan sukan

Cawangan Pendidikan Profesional (Professional Education Centre – PEC)

Pusat Pendidikan Profesional (PEC) berperanan sebagai pusat yang menjalankan program dan aktiviti pendidikan perubatan, sains dan teknologi sukan. Ia termasuk aktiviti membangunkan modul dan silibus serta menjalankan program pensijilan professional dan kursus jangka pendek yang dapat membantu penggiat sukan menambahkan ilmu dan kemahiran berkaitan perubatan, sains dan teknologi sukan. PECberhasrat untuk menjadi pusat latihan dan pendidikan professional yang bertaraf tinggi berkaitan bidang perubatan, sains dan teknologi sukan.

Beberapa kursus pensijilan antarabangsa dilaksanakan menerusi PEC bagi membolehkan para penggiat sukan mendapat pengiktirafan antarabangsa. Di antara pensijlan antarabangsa yang PEC tawarkan adalah seperti kursus Level 1 & 2 International Society of Advancement Kinanthropometry (ISAK) dan Level 1 Coach Australian Strength and Conditioning Association (ASCA). PEC turut menganjurkan program pendidikan berterusan menerusi ISN Lecture Series dan ISN Continuous Education Series untuk berkongsi maklumat tentang penyelidikan dan pengetahuan terkini dalam dunia perubatan, sains dan teknologi sukan.

Selain itu, PEC juga terlibat dalam jaringan kolaborasi bersama pemegang taruh berkepentingan seperti Jabatan Belia dan Sukan Negara dalam penganjuran Kursus Asas Gim 1 Malaysia serta beberapa inisiatif pembangunan modul. Dengan perkembangan pesat dalam sektor pendidikan, fungsi PEC turut merangkumi penyelarasan permohonan pihak luar bagi mendapatkan tenaga pakar ISN dalam bidang keutamaan iaitu perubatan, sains dan teknologi sukan. Program dan aktiviti PEC:

  1. ISN Lecture Series
  2. ISN Continuous Education Series
  3. Kursus ISAK
  4. Kursus ASCA
  5. Kursus Sports Taping
  6. Bengkel Suaian Fizikal