SOALAN LAZIM
Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Institut Sukan Negara?
ISN menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti biomekanik, fisiologi, psikologi, pemakanan sukan, analisis prestasi, suaian fizikal, perubatan sukan, urutan sukan, fisioterapi, serta penyelidikan dan pendidikan.
Saya ingin membuat latihan industri di Institut Sukan Negara, bagaimanakah prosedurnya?
Saudara/Saudari boleh melayari laman web rasmi ISN di klik pautan ini untuk mengetahui prosedur mengisi borang latihan praktikal yang telah di sediakan.
Saya mengalami kecederaan sewaktu aktiviti bersukan. Bolehkah saya mendapatkan rawatan di Institut Sukan Negara?
Untuk pengetahuan saudara/saudari, Institut Sukan Negara telah menubuhkan Pusat Perubatan Sukan Negara yang mana memberikan khidmat rawatan kecederaan sukan kepada orang awam terutamanya yang bersukan. Perkhidmatan rawatan sukan kepada orang awam sudah berjalan dan caj rawatan yang akan di kenakan boleh dirujuk pada laman web PPSN. Untuk mendapatkan rawatan atau anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian PPSN di 03-8991 4880 / 4487.
Adakah Institut Sukan Negara menyediakan perkhidmatan latihan kepada orang awam?
Institut Sukan Negara tidak menyediakan perkhidmatan latihan terbuka kepada orang awam. Fokus utama ISN adalah kepada pembangunan atlet elit negara.
Bagaimana untuk memohon jawatan kosong di Institut Sukan Negara Malaysia?
Para pemohon jawatan kosong boleh melayari laman web ISN dan menghantar resume dan sijil-sjil yang berkaitan kepada :-
Cawangan Sumber Manusia,
Institut Sukan Negara,
Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Saya mempunyai soalan lain yang tidak terdapat di laman ini. Kepada siapakah harus saya berhubung?
Untuk pertanyan lain mengenai Institut Sukan Negara, anda boleh menghubungi EN. DAMANHURI di talian 03-89919648 atau email ke damanhuri@isn.gov.my.