FUNGSI BAHAGIAN STRATEGIK DAN PENGKOMERSIALAN
1.Merancang, menggubal, menyelaras dan memantau serta mengawasi pelaksanaan dasar-dasar yang strategik berpandukan matlamat program atau aktiviti agensi di peringkat agensi, kementerian, kebangsaan dan antarabangsa.
2.Merancang, merangka dan menetapkan hala tuju hal ehwal pengkomersialan yang meliputi pengurusan perniagaan dan pelaburan, pengurusan anak syarikat, dan jalinan industri bagi memastikan agensi dapat mencapai Key Performance Indeks (KPI) penjanaan pendapatan.
3.Merancang, merangka dan menetapkan hala tuju penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi teknologi sukan melalui jalinan industri dan pemindahan teknologi.
4.Merancang dan memantau hal ehwal berkaitan inisiatif pembangunan program pengajian ISN dengan institusi pengajian luar sejajar dengan hala tuju, dasar dan polisi agensi.
5.Merancang dan memantau hal ehwal berkaitan komunikasi korporat di agensi berada di tahap optimum sejajar dengan hala tuju, dasar dan polisi agensi.
6.Mengurus hal-hal berkaitan jalinan kerjasama di luar negara berkaitan sains, perubatan dan teknologi sukan.
7.Menjadi titik rujukan kepada Institut dalam segala pertanyaan berkaitan isu perundangan dan guaman serta meneliti, menyemak dan membuat pindaan ke atas dokumen-dokumen perjanjian / kontrak dan Memorandum Persefahaman (MoU).