Anugerah Inovasi Teknologi Sukan Kebangsaan (AITS), yang diperkenalkan pada tahun 2022, bertujuan mengiktiraf produk inovasi teknologi sukan terbaik di Malaysia serta menggalakkan orang ramai meneroka dan membangunkan minat serta potensi dalam teknologi sukan. Institut Sukan Negara (ISN) sebagai Pusat Kecemerlangan R&D dalam Teknologi Sukan dan Sandbox Teknologi Sukan sekali lagi akan menganjurkan AITS pada Disember 2026. Sehubungan itu, kami menjemput mana-mana individu, syarikat, institusi, dan agensi yang mempunyai produk teknologi sukan untuk menghantar permohonan bagi anugerah ini.
Senarai bidang/produk yang berkaitan dengan Teknologi Sukan adalah seperti berikut:
1. COMPUTER SYSTEMS IN SPORTS
- Augmented Reality, Exergames and Virtual Sports
- Multimedia and Information Technology
- Simulation and Mathematical Modelling
- Sports Statistics and Data Analysis
2. HEALTH AND SUPPORT TECHNOLOGY
- Applied Physiology and Exercise
- Health and Fitness
- Technological Support in Sport Medicine
3. SIGNAL PROCESSING IN HUMAN MOVEMENT
- Sport Biomechanics
- Signal Analysis and Device Engineering
4. SPORTS PERFORMANCE AND SUPPORT TECHNOLOGY
- Training and Testing
- Coaching Support Technology
5. SPORTS NUTRITION
- Sports Drink and Food
- Supplements
6. SPORTS EQUIPMENT AND APPARATUS
- Sports Attire
- Any Other Sports Product
>> Klik sini untuk ke Pertandingan Inovasi Wanita dalam Sukan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Garis Panduan Anugerah Inovasi Teknologi Sukan Kebangsaan (AITS) dan hantarkan borang permohonan dan keterangan produk anda kepada Urus Setia Anugerah Inovasi Teknologi Sukan Kebangsaan (AITS) di alamat berikut :
Urus Setia
Anugerah Inovasi Teknologi Sukan Kebangsaan (AITS)
Institut Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur
u.p.: Syed Faris bin Syed Omar
Ts. Mohamad Fauzi bin Ibrahim
atau e-mel : faris@isn.gov.my / mfauzi@isn.gov.my
Tarikh tutup : 10 Oktober 2026
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi: Syed Faris (03-89914553) / Mohamad Fauzi (03-89914955)