
DR. KAMARUL HASHIMY BIN HUSSEIN
Pengarah Bahagian Perubatan

PN. FAIZAH BINTI SALLEH
Ketua Pusat Pengurusan Perubatan Sukan

DR. AZRIL SYAZWAN BIN MOHD ALI
Ketua Cawangan Perubatan Sukan

DR. JASMIZA KHUZAIRI BIN JASME
Ketua Cawangan Penjagaan Sukan

PN. FAEZAH BINTI MD. JAIS
Ketua Cawangan Rehabilitasi Sukan
FUNGSI BAHAGIAN PERUBATAN SUKAN
1. Menawarkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada atlet-atlet.
2. Menawarkan perkhidmatan analisis makmal, ujian klinikal makmal, dan pengurusan sampel.
3. Menawarkan perkhidmatan radiologi.
4. Menawarkan perkhidmatan dispensari ubatan/peralatan perubatan dan pengawalan pembelian ubatan/peralatan mengikut keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan.
5. Menawarkan perkhidmatan fisioterapi yang menyeluruh dan saintifik dari awal kecederaan sukan sehingga pulih serta kembali menjalani latihan dan pertandingan melalui pendekatan perawatan pemulihan dan pencegahan kecederaan sukan.
6. Menawarkan perkhidmatan pemulihan lanjut selepas pembedahan serta meningkatkan kecergasan dan mengembalikan prestasi optimum atlet ke tahap sediakala untuk kembali berlatih dan bertanding.
7. Menyelaras perkhidmatan rawatan awal perubatan kepada atlet-atlet di kejohanan atau acara sukan di dalam dan luar negara.
8. Menyelaras dan memantau perkhidmatan High Performance Team menjalankan perundingan berkala bersama sains sukan, atlet / jurulatih, Persatuan Sukan, dan MSN untuk membincangkan isu-isu pencegahan kecederaan, perubatan, kecederaan, rawatan pemulihan dan prestasi bagi atlet/pasukan.
9. Merancang, menyelaras dan menjalankan aktiviti kajian, penyelidikan dan penerbitan terutama berkaitan perubatan dan sukan.
10. Menawarkan perkhidmatan komplimentori kepada atlet-atlet dalam program ISN dan MSN.