Psikologi

banner

PUSAT PSIKOLOGI SUKAN

Kecemerlangan dalam prestasi sukan banyak bergantung kepada faktor-faktor mental sama seperti kepentingan kemahiran fizikal, teknikal atau taktikal. Apa yang bermain difikiran dan perasaan seseorang atlet itu boleh memberi kesan ketara ke atas prestasi sukan mereka. Melalui gabungan kerja individu dan kumpulan, ahli psikologi sukan boleh membantu atlet dan jurulatih meningkatkan kekuatan mental mereka menjelang atau semasa beraksi melalui sesi;

  • Rangsangan dan zon perhatian pemilihan
  • Sesi cetusan motivasi
  • Sesi fokus dan santai
  • Pengurusan peralihan fokus
  • Pengurusan emosi kekalahan dan kecederaan
  • Mengenal pasti kekuatan emosi

Psikologi Sukan ISN sentiasa mengaplikasikan teknik-teknik yang diperolehi daripada ilmu psikologi untuk membantu atlet mencapai matlamat dan membina kekuatan mental mereka. Melalui perkhidmatan psikologi sukan juga boleh membantu atlet dalam mencorak gaya hidup mereka sebagai seorang atlet profesional serta melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk bergelar sebagai seorang juara.

  1. Konsultasi secara berkumpulan

Merancang dan melaksanakan menjalankan sesi pendidikan dan aplikasi secara berkumpulan. Hasil daripada sesi tersebut akan membantu atlet-atlet dan jurulatih untuk lebih memahami dan mengenalpasti keperluan psikologi sukan yang diperlukan yang tertentu dalam konteks sukan yang disertai

  1. Konsultasi secara individu

Perbincangan bersama atlet secara individu adalah untuk membantu atlit mencari penyelesaian dan mengatasi segala gangguan yang dihadapi sama ada semasa latihan ataupun pertandingan untuk meningkatkan prestasi dalam sukan yang disertai.

  1. Pemerhatian lapangan, sesi pemantauan dan sesi praktikal semasa latihan dan pertandingan

Mengenalpasti dan merekodkan perubahan tingkahlaku atlet semasa latihan dan pertandingan untuk membantu atlet mencapai tahap prestasi yang optimum.

  1. Menjalankan ujian psikometrik serta penilaian yang berkaitan

Menganalisa dari segi psikologi sukan atlet yang berkaitan dengan kekuatan psikologi sukan yang diperlukan untuk sukan yang disertai. bagi membantu atlit lebih memahami status diri dan keperluan psikologi yang diperlukan.

  1. Bengkel / Pembentangan – Sesi pendidikan

Memberikan ceramah psikologi sukan bagi kursus, bengkel, kem latihan dan sebagainya bagi persediaan atlet untuk menghadapi cabaran dan mencapai prestasi optimum.