Syarat-Syarat:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPTA/Swasta dalam dan luar negara.
  3. Pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan pengajian CGPA 2.8 dan ke atas. Bagi pelajar yang mempunyai CGPA kurang daripada 2.8 pula tertakluk kepada lain-lain kriteria yang menarik serta kukuh dan dipersetujui oleh pihak Institut.
  4. Pelajar boleh memohon mana-mana Bahagian/Jabatan/Pusat yang difikirkan bersesuaian dengan kursus pengajian (Tertakluk kepada kekosongan).
  5. Pelajar akan mengikuti latihan praktikal bersamaan dengan waktu pejabat yang ditetapkan pada hari bekerja.
  6. Tempoh latihan praktikal adalah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh IPTA/Swasta.
  7. Sekiranya pihak Institut menerima permohonan kurang daripada 30 hari sebelum latihan praktikal, permohonan tersebut tidak akan dilayan atau diproses.
  8. Bermula Januari 2016, pihak pengurusan mengambil keputusan untuk TIDAK membayar elaun latihan amali kepada pelajar. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Cara-Cara Permohonan:

  1. Melengkapkan Borang Permohonan (muat turun pada Lampiran di bawah). Pelajar hanya perlu mengisi maklumat di bahagian Maklumat Pelajar sahaja.
  2. Menyertakan surat pengesahan menjalani latihan praktikal daripada Penyelaras Latihan Amali IPTA/Swasta masing-masing.
  3. Menyediakan dokumen Maklumat Lengkap Peribadi atau Resume seperti berikut:
  • Maklumat Peribadi.
  • Maklumat Pendidikan / Keputusan Peperiksaan.
  • Penglibatan Aktiviti Kokurikulum.
  • Rujukan Pendidikan.

Setelah lengkap dokumen di para 1, 2 dan 3, sila emelkan ke [email protected] untuk tindakan lanjut.

Sebarang perubahan syarat adalah tertakluk kepada pihak Pengurusan Jabatan Sumber Manusia, ISN. Sekiranya terdapat kemusykilan berkaitan pertanyaan dan permohonan sila hubungi di talian 03-8991 4531.

Lampiran:
* Borang Permohonan (Download)