MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN BAGI PROGRAM PENGIKTIRAFAN PUSAT SATELIT ISN

Institut Sukan Negara (ISN) telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan tiga (3) universiti awam iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada hari ini 12 Oktober 2023 (Khamis), 3.00 petang di Espira Kinrara, Puchong, Selangor.

ISN merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai peneraju kepada pembangunan kemajuan dan kecemerlangan sains, perubatan dan teknologi sukan negara dilaksanakan dengan lebih efektif dan mampan demi menambah baik ekosistem sukan negara.

Bagi meneruskan misi dan menyedari permintaan terhadap kepakaran sains dan perubatan sukan di seluruh negara yang kini amat menggalakkan, ISN berpandangan perlunya pendekatan (a whole of nation approach) digunakan dalam konteks perkembangan disiplin sains, perubatan dan teknologi sukan. Dalam hal ini ISN hadir dengan program pengiktirafan Pusat Satelit ISN melalui pemeteraian perjanjian dengan organisasi yang berkelayakan.

Pada hari ini, MoA antara ISN bersama pihak UM, UTM dan UniSZA bagi mewujudkan Pusat Satelit ISN untuk merealisasikan hasrat dan objektif dalam mengukuhkan hubungan kerjasama dan memperluaskan bidang kepakaran dan perkhidmatan sains sukan, perubatan sukan dan teknologi sukan yang meliputi bidang Biomekanik, Fisiologi Sukan, Psikologi Sukan, Pemakanan Sukan, Analisis Prestasi Sukan, Suaian Fizikal, Perubatan Sukan, Fisioterapi dan Rehabilitasi Sukan, Inovasi, Penyelidikan, Pengkomersialan dan Pendidikan ke semua peringkat.Pusat Satelit ISN beraspirasi untuk menjadi hab dalam aspek seperti berikut :-

*Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam sains sukan, perubatan sukan dan/atau teknologi sukan (secara bersesama);

*Memberikan perkhidmatan dalam sains sukan, perubatan sukan dan/atau teknologi sukan;Mengembangkan teknologi sukan serta inovasi dalam bidang sukan. Kumpulan pertama yang diiktiraf sebagai Pusat Satelit ISN adalah seperti berikut:

*Fakulti Sukan dan Sains Eksesais, UM sebagai Pusat Satelit ISN dalam bidang sains sukan

*Sport Innovation and Technology Centre, UTM sebagai Pusat Satelit ISN dalam bidang teknologi dan inovasi sukan

*Fakulti Sains Kesihatan, UNISZA sebagai Pusat Satelit ISN dalam bidang perubatan sukanPihak ISN percaya kolaborasi yang dijalinkan melalui MoA ini merupakan antara inisiatif bersama dalam mempengaruhi transformasi dan modenisasi dalam ekosistem sukan negara.

#TeamISN#BeyondPerformance