RANGKUMAN #TEAMISN DI SUKAN ASIA HANGZHOU 2022 PERKHIDMATAN PERUBATAN SUKAN

Seramai 23 orang pegawai daripada pasukan perubatan bertugas sepanjang temasya Sukan Asia 2022 Hangzhou daripada 18 September sehingga 8 Oktober 2023 yang terdiri daripada 4 orang doktor pakar, 8 orang pegawai fisioterapi dan rehabilitasi, 9 orang juru urut sukan, seorang Pembantu Pegawai Perubatan dan seorang Jururawat Terlatih. Petugas-petugas ditempatkan di empat lokasi perkhidmatan iaitu perkampungan sukan atlet Hangzhou, Jinhua (sepaktakraw), Chun’an (berbasikal) and Ningbo (pelayaran) bagi memberikan perkhidmatan perubatan kepada kontinjen Malaysia.

Penyampaian perkhidmatan berjalan lancar dengan kemudahan ruang bilik perubatan, fisioterapi dan urutan sukan yang luas dan kemudahan asas yang lengkap yang disediakan oleh penganjur. Perkhidmatan perubatan sukan dijalankan secara perkhidmatan ‘pool’ (ragbi 7s, hoki wanita, kriket lelaki dan wanita, bola keranjang, kabaddi, taekwondo, tinju, jiu-jitsu, gimnastik, wushu dan karate) dan ‘dedicated’ (terjun, badminton, berbasikal, pelayaran, olahraga, squash, hoki lelaki dan sepaktakraw).

Secara keseluruhan sebanyak 104 konsultasi doktor pakar, 391 rawatan fisioterapi dan rehabilitasi, 280 rawatan urutan sukan dan 12 rawatan pembantu pegawai perubatan diberikan kepada atlet-atlet sepanjang temasya. Terdapat 61 kes baru sepanjang temasya melibatkan 86.9% kecederaan dan 13.1% masalah kesihatan. Daripada jumlah itu 72.1% berlaku semasa pertandingan manakala selebihnya berlaku semasa latihan, pemanasan badan dan semasa berada di penginapan.

PERKHIDMATAN SAINS SUKAN

Seramai 16 orang pegawai dan anggota daripada bahagian prestasi sukan bertugas sepanjang temasya Sukan Asia 2022 Hangzhou bermula dari 16 September sehingga 9 Oktober 2023 yang terdiri daripada 1 orang sekretariat, 2 pegawai Pemakanan Sukan, 1 pegawai Psikologi Sukan, 2 pegawai Biomekanik Sukan, 2 pegawai Suaian Fizikal, 3 pegawai Fisiologi Senam, dan 5 pegawai Analisa Prestasi Sukan. Pegwai dan anggota ditempatkan di 3 lokasi perkhidmatan iaitu di perkampungan sukan utama atlet Hangzhou, sub perkampungan Jinhua dan sub perkampungan Chun’an bagi memberi perkhidmatan sains sukan kepada kontinjen Malaysia.

Perkhidmatan berjalan dengan lancar sepanjang temasya berlangsung. 4 pegawai yang terdiri daripada 1 pemakanan sukan, 1 psikologi sukan dan 2 fisiologi senam ditempatkan bertugas dalam kontinjen untuk memberi perkhidmatan secara ‘pool’. Sementara itu 10 pegawai dan anggota ditempatkan dalam sukan masing – masing (akuatik terjun, hoki lelaki dan wanita, squash, berbasikal trek, sepak takraw, badminton dan karate).

Untuk perkhidmatan sains sukan secara rumusannya, sebanyak 185 sesi pemulihan (75 recovery boot 110 ice bath), 94 sesi untuk psikologi (16 sesi berkumpulan 78 sesi individu), 21 sesi konsultasi pemakanan, 61 sesi pemantauan dining hall, 56 sesi pemantaun venue dan 10 sesi pemantauan hidrasi.

Selain daripada itu, sebanyak 9 sesi suaian fizikal yang melibatkan sukan badminton dan olahraga. Sebanyak 16 sesi biomekanik sukan telah dijalankan bagi sukan akuatik terjun. Bagi perkhidmatan Analisa sukan, sebanyak 267 sesi rakaman dan analisa telah dijalankan kepada 8 jenis sukan (Badminton, Squash, Hoki Lelaki & Wanita, Olahraga, Akuatik Terjun & Renang, Karate, Berbasikal Trek dan Sepak Takraw).

#TeamISN#BeyondPerformance