PUSAT SATELIT ISN

1. Pada tahun 2007, Pusat Satelit ISN dibuka dan beroperasi di bawah kendalian ISN. Pusat satelit ini menyediakan perkhidmatan sains sukan kepada atlet-atlet di peringkat negeri di seluruh negara. Walau bagaimanapun, kesemua pusat satelit di setiap negeri ditutup pada tahun 2018 disebabkan oleh kekangan dari segi kos.

2. Namun demikian, ISN sedar akan permintaan terhadap kepakaran sains dan perubatan sukan di negeri-negeri amat menggalakkan. Ini kerana wujudnya kesedaran dalam kalangan penggiat sukan terhadap kepentingan elemen sains, perubatan dan teknologi sukan dalam pembangunan sukan negara. Oleh yang demikian, keperluan kerjasama di antara ISN dan rakan-rakan strategik untuk mewujudkan Pusat Satelit adalah relevan dan wajar.

Pelaksanaan Pusat Satelit ISN berpandukan Seksyen 24, Akta Institut Sukan Negara 2011 (Akta 729 atau Akta ISN).

Seksyen 24. Pusat Satelit

  1. Institut boleh menubuhkan pusat satelit untuk memberikan perkhidmatan nasihat, perundingan, penyelidikan dan perkhidmatan yang berkaitan dalam bidang sains sukan dan perubatan sukan.
  2. Pusat satelit yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah diketuai oleh seseorang yang dilantik oleh Institut.
  3. Ketua pusat satelit hendaklah bertanggungjawab kepada Institut dan hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan yang diberikan oleh Institut kepadanya.
  4. Pusat satelit yang menyenggarakan klinik, farmasi, makmal dan kemudahan lain bagi perubatan sukan hendaklah tertakluk kepada apa-apa undang-undang bertulis yang berhubungan dengan penubuhan, penyenggaraan dan pentadbiran klinik, farmasi, makmal, dan kemudahan lain itu.
  5. Pusat satelit hendaklah menggunakan apa-apa nama yang diberikan oleh Institut.

 

Kertas Polisi Pusat Satelit Institut Sukan Negara diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Institut Penggal Keenam Bilangan 4, 19 Julai 2022.

Sila klik pada ikon di bawah untuk melihat kandungan Kertas Polisi Pusat Satelit ISN.

>> Klik Disini

Pusat Satelit beraspirasi untuk menjadi hab berdasarkan fungsi ISN seperti:

  • Memberikan perkhidmatan dalam sains sukan, perubatan sukan dan / atau teknologi sukan;
  • Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam sains sukan, perubatan sukan dan / atau teknologi sukan (secara bersesama);
  • Mengembangkan teknologi sukan serta inovasi dalam bidang sukan; serta
  • Fungsi-fungsi lain tertakluk kepada Seksyen 5 Akta ISN.

1.  Memastikan kesemua aktiviti yang dijalankan di Pusat Satelit ISN ini sejajar dengan visi, misi, moto, pelan strategik ISN dan Seksyen 24 Akta ISN.

2.  Segala aktiviti dan perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Satelit ISN ini adalah tertakluk kepada undang-undang negara dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh ISN.

3.  Kriteria lain yang perlu diambil kira dalam proses pemilihan rakan sekutu (strategic partner) termasuk:

  •   Kemahiran dan kepakaran yang berkenaan;
  •   Lokasi;
  •   Logistik;
  •   Aktiviti, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan; dan
  •   Lain-lain yang disahkan sesuai dan manfaat.

4.  Penubuhan Pusat Satelit ISN tidak akan memberi sebarang implikasi kewangan kepada ISN.  Segala perbelanjaan operasi dan pengurusan akan diuruskan oleh Pusat Satelit ISN itu sendiri.

5.  Aktiviti penubuhan, pengiktirafan dan pengurusan Pusat Satelit ini akan dijalankan melalui Key Performance Indicator (KPI), perancangan perniagaan, dan rancangan pelaburan oleh Pusat Satelit ISN tersebut.

PENGIKTIRAFAN TAHUN 2024

Pengiktirafan sebagai Pusat Satelit ISN telah dilaksanakan kepada empat (4) buah organisasi / institusi seperti berikut:

 

ISN

UM

 







  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) ialah universiti komprehensif terbesar di Malaysia yang menyediakan pendidikan inovatif dengan infrastruktur dan teknologi terkini dalam jangkauan di 34 kampus, 4 kolej pengajian, 14 fakulti dan 9 pusat akademik di seluruh negara. UiTM menawarkan lebih 500 program akademik di peringkat Asasi, Pra-Diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD serta Program Profesional.
  • Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) telah ditubuhkan pada tahun 1995 sebagai salah satu fakulti baharu di UiTM. Dengan penubuhannya, UiTM menjadi antara institusi pengajian tinggi pertama di Malaysia yang menawarkan program dalam bidang sains sukan, pengurusan sukan, rekreasi dan riadah. Pada peringkat awalnya, fakulti hanya menawarkan beberapa program di peringkat diploma. Penubuhan fakulti ini selaras dengan perkembangan industri sukan di Malaysia yang memerlukan tenaga profesional dan pakar dalam bidang sains sukan, pengurusan sukan dan rekreasi.
  • Pada tahun 1996, fakulti ini bekerjasama dengan Universiti New South Wales, Australia dalam melaksanakan Program Sains Sukan di peringkat Sarjana. Ini merupakan program pascasiswazah pertama dalam sains sukan yang pernah ditawarkan di Malaysia. Pada tahun 1999, fakulti telah memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian) untuk memenuhi permintaan profesional dalam bidang ini.
  • Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) telah banyak melaksanakan kerjasama dari aspek pembangunan ujian-ujian dan program sains sukan ke arah kecemerlangan prestasi bersama-sama beberapa kelab sukan di sekitar negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Malah ia pernah membantu persiapan atlet-atlet SUKMA negeri Selangor sebagai persediaan sebelum kejohanan.
  • Pada Julai 2005, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi telah melancarkan Program PhD dalam Sains Sukan terutamanya di kampus UiTM Shah Alam seiring dengan arus globalisasi dan memenuhi matlamat wawasan Pendidikan Tinggi Malaysia untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau.
  • Dengan fakta-fakta dan hasil penilaian dan pemantauan yang telah dilaksanakan, pihak ISN yakin bahawa FSR, UiTM Shah Alam mampu menjalankan tugas sebagai Pusat Satelit ISN dalam bidang Sains Sukan dan khusus untuk negeri Selangor.

 

Jenis-jenis Perkhidmatan:

  • Untuk maklumat lebih lanjut tentang caj dan fi, sila hubungi kakitangan pada nombor telefon/email yang telah diberikan.

Loading...



>> Klik sini untuk ke Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam

ISN

uitm perlis

 

  • UiTM Cawangan Perlis merupakan sebuah universiti awam yang terkemuka di Perlis. Ia ditubuhkan secara rasmi pada 5 Julai 1974, dengan kemasukan 258 orang pelajar perintis, menjalani 1 kursus persediaan dan 5 program diploma. Ia mula beroperasi di tapak sementara Rumah Pengakap di Jalan Padang Katong, Kangar, dengan 15 kakitangan akademik dan 31 orang kakitangan pentadbiran dan sokongan. Pada tahun 1980, kampus ini berpindah ke tapak tetapnya di atas plot seluas 335 ekar di Arau.
  • Program akademik pertama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) telah diperkenalkan pada 1995 di Kampus Induk Shah Alam dengan pengambilan julung kalinya seramai 130 orang pelajar. Program peringkat Diploma terus berkembang melalui pengenalannya di kampus Cawangan Arau pada tahun 2002. Pada tahun 2014, FSR menawarkan dua program peringkat Diploma, dua program peringkat ijazah Sarjana Muda, dua program peringkat Sarjana dan satu program peringkat Doktor Falsafah.
  • Seperti induknya iaitu FSR, UiTM Shah Alam, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) telah banyak melaksanakan kerjasama dalam ujian-ujian dan program sains sukan ke arah kecemerlangan prestasi bersama-sama beberapa kelab sukan di negeri Perlis dan sekitarnya. Malah ia pernah membantu persiapan atlet-atlet SUKMA negeri Perlis sebagai persediaan sebelum kejohanan.
  • Setelah membuat tinjauan secara terperinci, maka pihak ISN telah bersetuju untuk melantik dan mengiktiraf FSR, UiTMCPs Kampus Arau sebagai Pusat Satelit ISN dalam bidang Sains Sukan, dalam usaha ISN untuk membangunkan lagi bidang tersebut yang sedia ada di ISN di peringkat negeri-negeri.

 

Jenis-jenis Perkhidmatan:

  • Untuk maklumat lebih lanjut tentang caj dan fi, sila hubungi kakitangan pada nombor telefon/email yang telah diberikan.

Loading...


>> Klik Sini untuk ke Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Perlis

ISN

UPSI

 

  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah ditubuhkan pada 1 Mei 1997 di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 melalui Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 bertarikh 24 Februari 1997. Terletak di Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan, institusi ini berkembang secara berperingkat-peringkat daripada sebuah kolej kepada sebuah universiti yang terkenal. Pertumbuhan UPSI telah dibangunkan melalui tiga tempoh penting di mana ia bermula dengan tempoh SITC (29 November 1922-1957), MPSI (1957-1987) dan IPSI (21 Februari 1987-April 1997)
  • Pada awal penubuhan UPSI, terdapat hanya empat fakulti yang menawarkan sepuluh program pengajian. Hari ini, sebanyak 10 fakulti telah ditubuhkan termasuklah Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKj). Pada masa ini, UPSI mempunyai 62 program pengajian (12 Program Diploma, 30 Program Sarjana Muda Pendidikan, 5 Program Sarjana Muda Pendidikan dan 15 Program Sarjana Muda). Selain itu, Institut Pengajian Siswazah (IPS) menampilkan 87 program pengajian (65 Program Sarjana dan 22 Program PhD).
  • Penubuhan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) bermula 1 Jun 2010 telah diluluskan oleh Senat dan Kementerian Pengajian Tinggi pada 1 Februari 2005. Tugas utama fakulti adalah menghasilkan graduan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berketerampilan dalam bidang sains sukan, pendidikan jasmani, sains kejurulatihan, rehabilitasi sukan dan psikologi sukan. Program pengajian yang ditawarkan di fakulti adalah berteraskan disiplin ilmu sains sukan yang merentasi disiplin ilmu dalam asas sains, matematik, pendidikan dan sains sosial.
  • Fakulti ini menjadi pusat latihan serta pengembangan profesional bagi semua golongan yang terlibat dengan bidang pendidikan serta menjadi pusat kecemerlangan dalam akademik dan profesional khusus dalam bidang sains sukan, pendidikan jasmani, sains kejurulatihan rehabilitasi sukan dan psikologi sukan. Fakulti ini menawarkan kursus Diploma Sains Sukan dan Kejurulatihan, kursus-kursus Sarjana Muda dalam bidang pendidikan sains sukan, psikologi sukan, sains kejurulatihan dan pendidikan jasmani.
  • Setelah membuat tinjauan secara terperinci, maka pihak ISN telah bersetuju untuk melantik dan mengiktiraf FSSK, UPSI sebagai Pusat Satelit ISN dalam bidang Sains Sukan dalam usaha untuk meluaskan lagi bidang tersebut peringkat negeri-negeri.

 

Jenis-jenis Perkhidmatan:

  • Untuk maklumat lebih lanjut tentang caj dan fi, sila hubungi kakitangan pada nombor telefon/email yang telah diberikan.

Loading...

 

>> Klik Sini untuk ke Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI

ISN

UMS

  • Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan pada 24 November 1994 dan merupakan adalah sebuah universiti awam (UA) ke-9 ditubuhkan di Malaysia yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Berpaksikan moto ‘Bertekad Cemerlang’, matlamat penubuhan UMS bukan semata-mata menghasilkan sumber manusia untuk memenuhi keperluan negara tetapi bermatlamat menghasilkan graduan yang berbakat, berkemahiran tinggi dan mengkhusus dalam pelbagai bidang.
  • Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS) pada awalnya dikenali sebagai Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) setelah mengalami beberapa penambahbaikan dan pengubahsuaian pada September 2024. FPPS juga telah lama berganding bahu dengan Majlis Sukan Negeri Sabah dalam memberi perkhidmatan sains sukan terhadap atlet-atlet negeri Sabah. Malah membantu dan berkolaborasi dengan Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu dalam membuat ujian-ujian dan menghasilkan data-data dalam memperkemaskan perkhidmatan perubatan sukan oleh HQE.
  • FPPS, UMS sudah memang terkenal dengan kepakaran-kepakaran sains sukan yang sedia ada, ruang ujian/perkhidmatan yang luas serta peralatan-peralatan ujian yang canggih/terkini. Dengan menggunakan gabungan kursus dan program kontemporari yang teliti, FPPS berhasrat untuk membantu atlet-atlet negeri Sabah khususnya dari segi kecerdasan fizikal dan ketahanan emosi/psikologi dalam meningkatkan prestasi sukan mereka ke tahap optimum, di samping membantu pembangunan kecemerlangan sukan dari peringkat bawah.
  • Sehubungan dengan itu, pihak ISN telah melantik dan mengiktiraf FPPS, UMS sebagai Pusat Satelit ISN dalam bidang Sains Sukan, untuk menjalankan tanggungjawab membantu ISN memperluaskan perkhidmatan ini terutama di Malaysia Timur.
 

Jenis-jenis Perkhidmatan:

  • Untuk maklumat lebih lanjut tentang caj dan fi, sila hubungi kakitangan pada nombor telefon/email yang telah diberikan.

Loading...

PENGIKTIRAFAN TAHUN 2023

Pengiktirafan sebagai Pusat Satelit ISN telah dilaksanakan kepada tiga (3) buah organisasi / institusi seperti berikut:

ISN

UM

 
  • Pusat Sukan UM telah ditubuhkan pada 1986. Ia merupakan institusi pengajian tinggi pertama di Malaysia yang menawarkan program ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada tahun 1995. Selain program akademiknya, Pusat ini juga menganjurkan aktiviti sukan dan kursus kokurikulum, selain menjadi badan penyelaras bagi penggunaan semua kemudahan sukan di kampus.
  • Sebagai institusi perintis di Malaysia dan Asia yang mula menawarkan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada 1995, Universiti Malaya telah melahirkan lebih 1,000 graduan program ini sejak 1999.
  • Pusat Sukan telah dan sedang mengambil peranan mereka sebagai pemimpin dalam bidang ini, menguruskan sukan di kedua-dua sektor awam dan swasta. Bermula pada Mac 2018 Pusat Sukan dikenali sebagai FAKULTI SUKAN DAN SAINS EKSESAIS (FSSE).
  • Misi FSSE ialah untuk menerajui pembangunan dalam Sains Sukan melalui pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dan juga menyediakan perkhidmatan berkualiti dan menggalakkan penyertaan sukan dalam kalangan masyarakat kampus dalam menggalakkan gaya hidup sihat.
  • Oleh yang demikian, pengiktirafan FSSE, UM sebagai Pusat Satelit ISN dalam Bidang Sains Sukan akan membantu atlet-atlet di pelbagai peringkat kebangsaan dan juga negeri untuk meningkatkan prestasi sukan mereka hingga ke tahap optimum.

Jenis-jenis Perkhidmatan:

  • Untuk maklumat lebih lanjut tentang caj dan fi, sila hubungi kakitangan pada nombor telefon/email yang telah diberikan.

Loading...

Aktiviti Terkini:

  1. Membantu ISN dalam melaksanakan program suaian fizikal untuk atlet Luncur Ais Negara yang berlatih di Korea. Program tersebut dilaksanakan melalui atas talian dengan atlet dan jurulatih disana. Bentuk program yang diberi adalah latihan bebanan dan regangan untuk kekuatan bahagian bawah tubuh atlet. Ini kerana, maklumat dari jurulatih Korea mendapati atlet ini kekurangan kekuatan (otot-otot bahagian kaki) untuk melakukan lompatan. Tarikh perlaksanaan program ini adalah dalam bulan Mac 2024 (bermula setiap Rabu 3.30 hingga 5.30 ptg dan hari Sabtu 11.30 hingga 12.30 tgh) lebih kurang sebulan sebelum atlet menyertai kejohanan di USA.

>> Klik sini untuk ke Faculty Sports And Exercise Science, UM

  • Melalui dedikasi dan kerja keras kakitangannya, UTM telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi. Cendekiawan dan pelajarnya tidak pernah gagal mencapai matlamat dan mencipta nama untuk diri mereka sendiri, universiti dan negara ke mana sahaja mereka pergi. Sesungguhnya, UTM telah dan akan sentiasa, sinonim dengan kemajuan dan pembangunan sains serta teknologi di Malaysia.
  • UTM komited untuk mencapai kecemerlangan dalam pembangunan sumber manusia serta sains dan teknologi melalui inovasi bagi memenuhi jangkaan dan harapan pelanggannya.
  • Objektif kualiti UTM menyatakan bahawa UTM melalui SITC akan berusaha untuk mencapai kualiti tahap tertinggi melalui penambahbaikan yang berterusan. Penekanan diberikan kepada proses inovasi, kreativiti dan ‘zero defect’ melalui kerjasama bersepadu dalam penyelidikan, pembangunan dan pendidikan dengan organisasi yang sesuai.
  • Sports Innovation Technology Centre (SITC), adalah pusat penyelidikan yang terkenal di peringkat antarabangsa untuk penyelidikan dan perundingan, dengan lebih 10 tahun pengalaman kumulatif. Pusat ini ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Profesor Dr. Abdul Hafidz Omar di UTM Kampus Skudai.
  • SITC menawarkan usaha antara disiplin dalam bidang yang baru muncul ini di mana teknik dan teknologi kejuruteraan daripada pelbagai disiplin digunakan untuk menangani keperluan dalam industri sukan. Di SITC, ia meletakkan asas untuk membangunkan teknologi sukan sebagai bidang pengajian akademik.
  • Pengiktirafan SITC, UTM Kampus Skudai sebagai Pusat Satelit ISN dalam Bidang Inovasi Teknologi Sukan untuk membangunkan lagi bidang tersebut selain daripada ISN.

Jenis-jenis Perkhidmatan:

  • Untuk maklumat lebih lanjut tentang caj dan fi, sila hubungi kakitangan pada nombor telefon/email yang telah diberikan.


Loading...

Aktiviti Terkini :

  1. Pihak SITC telah melancarkan pelancaran Pusat Satelit ISN secara dalaman sahaja pada 12 Julai 2024. Ini bertujuan untuk mewarwarkan fungsi mereka sebagai Pusat Satelit ISN dalam bidang Teknologi Sukan kepada pemegang taruh di negeri Johor. Ini juga sebagai persiapan memberi bantuan kepada sukan-sukan negeri Johor yang akan terlibat dalam SUKMA 2024.

>> Klik Sini untuk ke Sports Innovation & Technology Centre, UTM

ISN
UNISZA
 
  • Fakulti Sains Kesihatan (FSK) telah diwujudkan pada tahun 2015 dan merupakan pecahan dari Fakulti Perubatan yang ditubuhkan pada tahun 2006. FSK terdiri dari program-program dalam dietetik, pemakanan, bioperubatan, radiasi perubatan, radiografi, fisioterapi dan teknologi makmal perubatan yang ditawarkan di peringkat sarjana muda dan pasca siswazah.
  • FSK yang terletak di Kampus Gong Badak ini mempunyai kakitangan yang berkelayakan tinggi dan mewakili jumlah tertinggi healthcare trainers di rantau ini. Kebanyakan kakitangan akademik adalah pakar dalam bidang mereka yang kebanyakannya diiktiraf di peringkat antarabangsa.
  • Visi FSK adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan akademik melahirkan profesional kesihatan yang holistik dan misi untuk fakulti adalah melahirkan graduan sains kesihatan yang halus dan mahir selaras dengan keperluan masyarakat melalui kecemerlangan akademik dan penyelidikan.
  • Kerjasama dan menandatangani MoA bersama-sama dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu semenjak tahun 2019 telah membuktikan keinginan pihak UniSZA membantu atlet-atlet negeri Terengganu sama ada di peringkat kebangsaan mahupun peringkat negeri / persatuan sukan terutama dalam persiapan SUKMA dan proses pemulihan selepas itu.
  • Penubuhan dan pengoperasian Hospital UniSZA (yang dijangka dirasmikan pada Mac 2024) berdekatan Gong Badak juga akan memperluaskan lagi skop rawatan dalam bidang perubatan dan sains kesihatan oleh FSK.
  • Sehubungan dengan itu, pengiktirafan FSK, UniSZA sebagai Pusat Satelit ISN dalam Bidang Perubatan Sukan untuk memperluaskan perkhidmatan ini terutama di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia amnya dan di seluruh negeri Terengganu khususnya.

Jenis-jenis Perkhidmatan:

  • Untuk maklumat lebih lanjut tentang caj dan fi, sila hubungi kakitangan pada nombor telefon/email yang telah diberikan.


Loading...
Loading...
Loading...
Loading...
Loading...
Loading...

 

Aktiviti Terkini :

  1. Setelah mendapat pengiktirafan sebagai Pusat Satelit ISN, FSK UNISZA (dalam bidang Perubatan Sukan) semakin rancak melaksanakan kerjasama dengan pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu sebagai persiapan menghadapi SUKMA 2024.
  2. Disamping itu, FSK UNISZA juga memperluaskan kemudahan perubatan sukan mereka kepada persatuan-persatuan dan kelab-kelab sukan, serta masyarakat umum (individu aktif/ bersukan) sekitar negeri Terengganu.

>> Klik Sini untuk ke Fakulti Sains Kesihatan, UniSZA

PERMOHONAN

Permohonan dibuka sepanjang tahun. Pemohon boleh menghantar Borang Permohonan kepada Urus Setia Pusat Satelit

BORANG

Maklumat permohonan akan disebarkan melalui laman web ISN dan sosial media ISN. Borang Permohonan boleh didapati di laman web ISN

URUS SETIA

Urus Setia Pusat Satelit ISN berada dibawah Cawangan Komersial dan Program Khas, Bahagian Strategik dan Pengkomersialan Institut Sukan Negara

GOVERNANS

Sebuah Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi memastikan program dan aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan garis panduan yang ditetapkan

PEMANTAUAN

Ketua Pusat Satelit yang dilantik mesti menghantar laporan aktiviti kepada Sekretariat / Jawatankuasa Penilaian & Pemantauan dan laporan pemantauan dilaporkan kepada MPT

PENGKOMERSIALAN

Segala inovasi atau hasil dapatan dari penyelidikan dan / atau kajian yang dilakukan di Pusat Satelit boleh dikomersialkan oleh ISN

BORANG PERMOHONAN PUSAT SATELIT ISN

 

 

 

 

 

ARTIKEL

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN BAGI PROGRAM PENGIKTIRAFAN PUSAT SATELIT ISN

Institut Sukan Negara (ISN) telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan tiga (3) universiti awam iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada hari ini 12 Oktober 2023 (Khamis), 3.00 petang di Espira Kinrara, Puchong, Selangor. ISN merupakan sebuah Badan Berkanun

Read More »

GALERI GAMBAR

 

 

isn
 

URUS SETIA PUSAT SATELIT ISN
Cawangan Komersial dan Program Khas
Bahagian Strategik dan Pengkomersialan
Institut Sukan Negara
Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur
Tel: +603-8991 4552
Emel : satellite@isn.gov.my