ISN ANJUR GOTONG ROYONG BANTERAS DENGGI

NormilaBerita

main

BUKIT JALIL, 3 Februari 2017 – Taklimat Operasi Anti Denggi sempena aktiviti gotong-royong peringkat ISN 2017 telah berlangsung di Dewan Komanwel, ISN pagi ini. Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Arshad Bin Puji, Pengarah Perubatan Sukan selaku Pengerusi Jawatankuasa JK bagi menangani wabak denggi yang semakin menular dan berleluasa. Tujuan taklimat ini diadakan bagi berkongsi gerak kerja dan langkah-langkah yang diambil … Read More

Sesi Townhall ISN Januari

NurafikaBerita

main

BUKIT JALIL, 24 Jan – Sesi Town Hall ISN yang telah berlangsung pada hari ini di Dewan Perdana telah bermula dengan tayangan video selayang pandang aktiviti dan program ISN dan diikuti dengan amanat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr Mohd Khairi Zawi. Dr Khairi memaklumkan, Tahun 2016, atlet-atlet di bawah Program Podium berjaya merangkul pingat emas, perak dan … Read More

Jangan Tunggu Haus Baru Minum

NurafikaArtikel, Atlet & Jurulatih, Berita

main

Minum air ikut perancangan untuk elak dehidrasi Dehidrasi secara mudahnya ditafsirkan sebagai kehilangan air atau cecair tubuh disebabkan aktiviti fizikal, namun tidak boleh dipandang ringan kerana ketiadaan dua peratus air daripada berat badan sudah memadai untuk menjejaskan fungsi fisiologi seseorang atlet. Malah, dua kajian dilakukan Makmal Prestasi Manusia Universiti Connecticut pada 2012 membuktikan tahap dehidrasi ringan (mild) sudah cukup untuk … Read More

Sepakan Faiz Ekstrem, Mengelirukan

NurafikaAtlet & Jurulatih, Berita

main

Biarpun kemenangan Mohd Faiz Subri menjulang Anugerah Puskas 2016 sudah berlalu, namun keunikan sepakan percuma yang dilakukan pemain bola sepak Pulau Pinang itu masih menjadi perbualan dengan rakaman sepakannya masih menjadi tontonan peminat di seluruh dunia. Ramai yang mengatakan sepakan lencong itu melanggar hukum fizik dan menggelarnya sebagai jaringan ajaib. Hakikatnya, bagaimana sepakan lencong itu dilakukan secara terperinci menerusi sains … Read More

LATIHAN MELAMPAU – PERLU SEIMBANG

NurafikaAtlet & Jurulatih, Berita

  Atlet harus patuhi jadual ditetapkan jurulatih untuk elak kecederaan sewaktu latihan Berjaya atau tidak seseorang atlet banyak bergantung kepada kesungguhan mereka menjalani sesi latihan secara sempurna saban hari. Secara asasnya, latihan berfungsi untuk membiasakan tubuh bagi menghadapi tekanan yang berlaku sewaktu pertandingan. Secara tidak langsung, kelebihan itu diperlukan supaya tubuh menjadi lebih cergas selain meningkatkan prestasi dan sudah pasti … Read More

Keunikan jaringan #FaizSubri menepati hukum fizik!

NurafikaAtlet & Jurulatih, Berita

Main

Keunikan jaringan finalis Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ oleh banyak pihak adalah tidak benar, kata pakar.   Sebaliknya kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara Dr Mohd Khairi Zawi, jaringan itu menepati ‘Hukum Gerakan Ketiga Newton’.   Lencongan bola yang berlaku sehingga menewaskan penjaga gol Pahang Nasril Naurdin itu … Read More

RISIKO TINGGI ACL BUAT ATLET

NurafikaArtikel, Atlet & Jurulatih, Berita

Main

Di Malaysia, permainan bolasepak adalah antara jenis sukan yang paling popular di kalangan masyarakat kita tidak mengira bangsa ataupun umur. Sungguhpun sukan ini kurang lasak berbanding dengan sukan ragbi, namun kecederaan tetap berlaku. Sendi ini adalah sendi terbesar dalam badan dan ia penting untuk pergerakkan. Dua kumpulan ligamen memberikan kestabilan padanya: ligamen ligamen krusiat (cruciate) dan ligamen ligamen kolateral (Collaterals). … Read More

TeamISN di Kejohanan Sukan Intergrasi MAKSWIP 2016

IqbalAktiviti & Program, Atlet & Jurulatih, Berita

5 Dis 2016 – Seramai 54 org kakitangan ISN telah menyertai Kejohanan Sukan Intergrasi MAKSWIP 2016 yang bermula 1hb Disember hingga 4hb Disember 2016 di Perlis. #TeamISN telah menyertai acara bola sepak 9 sebelah dan telah menghantar dua pasukan iaitu Pasukan A dan Pasukan B manakala bola tampar pantai menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan wanita. Tidak ketinggalan pasukan … Read More

ISN MEMERIAHKAN SAMBUTAN KEJUARAAN MISC-MIFA

IqbalAktiviti & Program, Atlet & Jurulatih, Berita

photo

Institut Sukan Negara(ISN) telah memeriahkan Majlis Meraikan Kemenangan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) pada 4 Disember 2016 bertempat di Little India, Brickfields, Kuala Lumpur. Majlis yang gilang gemilang ini di adakan bertujuan untuk meraikan pemain bola sepak pasukan mereka yang telah melayakkan diri ke Liga Perdana musim hadapan selepas muncul juara Liga FAM 2016 baru-baru ini. Kehadiran TeamISN pada … Read More

ISN UMUM KRITERIA PEMILIHAN ATLET PODIUM PROGRAM 2017

IqbalAktiviti & Program, Atlet & Jurulatih, Berita, Podium

photo

KRITERIA PEMILIHAN ATLET PODIUM PROGRAM 2017 Pengumuman ini bertujuan untuk memastikan setiap atlet berkemampuan menunjukkan berprestasi tinggi dalam menghasilkan pencapaian berkelas dunia semasa di Kejohanan Sukan Antarabangsa, melalui pendekatan berprestasi tinggi dan pengkaedahan saintifik. Ini adalah juga untuk memastikan Program PODIUM memilih atlet yang bukan sahaja pernah memenangi pingat pada masa lalu tetapi mungkin pada masa akan datang. Matlamat Prestasi Sukan Olimpik: Pingat Emas Pertama di Tokyo 2020 Sukan Komanwel: 10 Teratas … Read More