PROGRAM TID

EN. MOHD ZAID BIN MOHD GHAZALI

Ketua Program

Program TID (Talent Identification & Development)

KAPTEN NAZRUL HELMEE BIN AHMAD FAMI

Pengurus Program

Program TID (Talent Identification & Development)

MUHAMMAD SUKUR BIN ZAINAL ABIDIN

Penolong Pegawai Belia & Sukan

Program TID (Talent Identification & Development)

FUNGSI PROGRAM TID 

Fungsi utama program MyTID KBS-KPM adalah untuk mewujudkan pendekatan saintifik baharu bagi proses pengenalpastian  bakat sukan di peringkat akar umbi yang mengikut standard yang ditetapkan untuk memastikan keseragaman dan digunapakai oleh
semua pihak di Malaysia. Insiatif ini bertujuan untuk meningkatkan dan menjamin kelestarian bakat sukan di dalam ekosistem pembangunan sukan kebangsaan.

 

LATAR BELAKANG

Mesyuarat jawatankuasa kerja KBS-KPM BIL 1/2009 bertarikh 18 Februari 2009, telah memberi mandat kepada ISN dengan kerjasama Bahagian Sukan, Seni dan Ko-kurikulum (BSKK), kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Mesyuarat jawatankuasa kabinet Pembangunan sukan bertarikh 4 September 2014 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah beretujuan untuk menyusun semula dan menambah baik Program Pengenalpastian Bakat (TID) bagi bidang sukan melalui strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencungkil bakat baharu atlet. Hasil mesyuarat merumuskan bahawa bakat atlet muda wajar digilap di peringkat awal untuk mengatasi kekurangan atlet pelapis dan penekanan menyeluruh perlu diberikan untuk mengenalpasti bakat baharu melalui jalinan kerjasama strategik dengan lebih istematik. Program TID adalah kunci untuk menggerakkan proses kitaran yang lebih rancak dalam pembangunan sukan negeri di samping akan meningkatkan minat serta budaya bersukan di peringkat akar umbi.

Sejajar itu, program ini akan dijalankan secara rintis sebagaimana saranan YB Menteri Belia dan Sukan sesi taklimat ISN kepada beliau pada 7 April 2020 dengan memilih (15) sekolah (Persekutuan Putrajaya, Wilayah Perekutuan Kuala Lumpur dan Selangor). Program rintis ini akan melibatkan pemegang taruh berkepentingan bagi menjayakan matlamat yang ditetapkan.

 

OBJEKTIF

·   Penambahbaikan proses sedia berdasarkan rujukan terkini dan insiatif menyeragaman latihan dan ujian pengenalpastian bakat.

·     Mengenalpasti kesahihan dan kebolehpercayaan ujian yang akan digunapakai kepada murid-murid di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

·   Mengenalpasti kaedah yang bersesuaian untuk mendapat data setiap pergerakan murid-murid berdasarkan ujian kemahiran motor (Pion 2015).

·  Memperluaskan tapak penyertaan bakat-bakat baru seawal umur (7) tahun yang berpontensi diperingkat akar umbi untuk dikenalpasti.

·      Meningkatkan bilangan bakat dalam sukan prestasi tinggi dan penyertaan komuniti dalam sukan untuk semua serta menyahut aspirasi kerjaan dalam meningkatkan aktiviti fizikal dan menuju misi menjadi negara bersukan/sporting nation.

 

RASIONAL

  • ·  Penambahbaikan proses sedia ada berdasarkan rujukan terkini.

    ·   Meningkatkan bilangan bakat dalam sukan prestasi tinggi dan penyertaan komuniti dalam sukan untuk semua serta menyahut aspirasi kerajaan meningkatkan aktivit fizikal dan menuju Sporting Nation.

    ·    Mengurangkan risiko drop-outs dan meningkatkan gaya hidup aktif (Sukan Massa/ Sports for All).

    ·    Pemerkasaan penyilidikan dalam Talent Identification & Development (TID) bagi meningkatkan kualiti, impak terhadap komuniti dan penjimatan peruntukan serta penyebarluasan hasil kajian.

 

PERLAKSANAAN PROGRAM  ( WHAT WE DO )

  • IMPLEMENTATION MECHANISM