KEJOHANAN HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2019

En. Arif Bin Aziz dari Pusat Biomekanik dan Analisis Prestasi Sukan, Bahagian Prestasi Sukan memberikan khidmat analisis sukan kepada Pasukan Hoki Kebangsaan bagi Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019 yang sedang berlangsung  bermula pada 23 hingga 30 Mac 2019 bertempat di Ipoh.Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019 pada tahun ini juga menjadi aksi … Read more

BENGKEL KERJA KAJIAN GANGGUAN SEKSUAL DALAM SUKAN FASA 1 & 2: INSTITUT SUKAN NEGARA

18 Mac 2019. Satu bengkel kerja projek kajian ISN bertajuk “Constructing the Code of Practice and Policy on the Prevention and Elimination of Sexual Harassment in Sports” telah dijalankan di Bilik Teratai, ISN. Menerusi bengkel kerja ini, setiap penyelidik telah membentangkan hasil analisis situasi amalan prosedur gangguan seksual mengikut kategori iaitu daripada dokumen Jabatan Perkhidmatan Awam, … Read more

SEMINAR AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

19 Mac 2019: En. Suresh Marathamuthu dari Cawangan Penyelidikan Translasi, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi telah dijemput sebagai penceramah bagi Seminar Amalan Gaya Hidup Sihat yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Seminar ini telah dihadiri oleh 40 orang peserta yang diberi ceramah dan latihan praktikal selama dua jam mengenai Kesihatan dan Kecergasan. Mereka telah diberi … Read more

LAPORAN AKTIVITI AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN 2019

BUKIT JALIL, 11 Mac 2019 – ISN Lecture Series 1/2019 telah berlangsung dengan kehadiran seramai 189 orang peserta. Program ini dihadiri oleh Persatuan Sukan, Atlet, Jurulatih, Pengurus Sukan, pelajar-pelajar universiti dan staf ISN. Pada siri pertama bagi tahun 2019 ISN telah menjemput Mr. Braydon Rhys Mallit, Sport Scientist, Fusion Sport Australia seorang perunding Sains Sukan … Read more

BADMINTON ASIA TONG YUN KAI CUP 2019 (BADMINTON ASIA MIXED TEAM CHAMPIONSHIPS )

Kejohanan Badminton Asia Mixed Team Championships atau dikenali sebagai Tong Yun Kai Cup 2019 yang sedang berlangsung dari 19 hingga 24 Mac 2019 bertempat di Queen Elizabeth Stadium, Hong Kong, China yang dianjurkan oleh Badminton Asia dan Persatuan Badminton Hong Kong. Pasukan Badminton Kebangsaan terdiri daripada 16 pemain yang diketuai oleh Soong Joo Ven, 6 … Read more

‘Projek Sulit’ buru emas Olimpik

MUKADIMAH SEMUA negara sanggup melakukan apa sahaja, termasuk berbelanja besar asalkan ia tidak melanggar undang-undang untuk memastikan atlet mereka dapat melakar kegemilangan. Bagi negara-negara Eropah, teknologi sukan sentiasa berganti baharu dan berkembang dengan pantas kerana mereka sedar kepentingannya, malah Malaysia juga sedang menuju ke arah tersebut. Di Malaysia, Pusat Kecemerlangan Teknologi Sukan Institut Sukan Negara (ISN) … Read more

ISN sedia bantu Syakilla turunkan berat badan

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Ramli, optimis mampu untuk menyelesaikan masalah berat badan jaguh karate negara, Syakilla Salni Jefry Krishnan, sebelum atlet itu menyertai Kejohanan Karate Asia Tenggara di Bangkok, bulan depan. Syakilla sekali lagi menghadapi masalah berat badan yang mengakibatkan dia terlepas dua Kejohanan K1 di Qatar dan Austria. Kegagalan … Read more