KEJOHANAN HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2019

En. Arif Bin Aziz dari Pusat Biomekanik dan Analisis Prestasi Sukan, Bahagian Prestasi Sukan memberikan khidmat analisis sukan kepada Pasukan Hoki Kebangsaan bagi Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019 yang sedang berlangsung  bermula pada 23 hingga 30 Mac 2019 bertempat di Ipoh.Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019 pada tahun ini juga menjadi aksi pemanas badan buat skuad hoki kebangsaan menjelang Kejohanan Siri Hoki Akhir 2019 (FIH Hockey Series Finals) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur bermula pada 26 April hingga 4 Mei 2019. Pada Kejohanan Siri Hoki Akhir, hanya juara dan naib juara sahaja akan melayakkan diri ke Kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik 2020.

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019 edisi ke-28 ini melibatkan 6 pasukan iaitu dari negara Malaysia, India, Canada, Jepun, Poland dan Korea Selatan. Malaysia menduduki tangga ke-3 setakat 29 Mac 2019.  Sebagai rekod, sejak kejohanan ini dianjurkan bermula pada tahun 1983, Malaysia belum pernah muncul juara, Walaubagaimanapun, pencapaian terbaik Malaysia adalah muncul naib juara sebanyak 5 kali iaitu pada 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014. Pada malam ini (29 Mac 2019) jam 8.35 malam, Malaysia akan menentang Canada dalam peringkat kumpulan.