LAPORAN AKTIVITI AKADEMI KEJURULATIHAN KEBANGSAAN 2019

BUKIT JALIL, 11 Mac 2019 – ISN Lecture Series 1/2019 telah berlangsung dengan kehadiran seramai 189 orang peserta. Program ini dihadiri oleh Persatuan Sukan, Atlet, Jurulatih, Pengurus Sukan, pelajar-pelajar universiti dan staf ISN. Pada siri pertama bagi tahun 2019 ISN telah menjemput Mr. Braydon Rhys Mallit, Sport Scientist, Fusion Sport Australia seorang perunding Sains Sukan dari Fusion Sports, Australia.

Mr. Braydon Rhys Mallit merupakan lulusan dalam Sarjana Muda Sukan dan Sains Senaman dari Universiti Queensland, Australia. Beliau kini bekerja di Fusion Sport sebagai Perunding Sains Sukan sejak 2014. Beliau berpengalaman  sebagai jurulatih sains sukan di Brisbane Broncos League Club dan jurulatih peribadi di Jetts Fitness. Mr. Braydon Rhys Mallit juga adalah sukarelawan di kelab Liga Rugby Brisbane Broncos selama 4 bulan membantu dalam melalukan ujian fleksibiliti, menubuhkan peralatan untuk sesi latihan dan membantu membangunkan sistem SMARTABASE.

Dalam program ini, beliau telah menyampaikan satu tajuk yang sangat menarik iaitu Introduction to Athlete’s Management System.Pada penghujung program, Encik Ahmad Faedzal Bin Md Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara) telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Mr. Braydon Rhys Mallit  dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua staff ISN yang hadir pada ceramah ini.