PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI INSTITUT SUKAN NEGARA (OACP ISN) 2022-2026

Pelan Antirasuah Organisasi Institut Sukan Negara (OACP ISN) 2022-2026 telah dilancarkan pada 9 November 2021 oleh Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu, YB Menteri Belia dan Sukan ketika pelancaran OACP KBS 2021-2025 bersama jabatan dan agensi di bawahnya.

Dokumen OACP ISN 2022-2026  menggariskan tiga (3) bidang keutamaan yang menaungi tiga (3) strategi, lima (5) objektif strategi dan 37 inisiatif secara keseluruhannya untuk dilaksanakan oleh peneraju-peneraju yang telah dikenal pasti. Peneraju inisiatif bertindak sebagai penyelaras pelaksanaan manakala Unit Integriti akan memantau kemajuan dan prestasi pelaksanaannya bagi memenuhi objektif yang digariskan. Setiap strategi dan inisiatif yang dirangka mengambil kira keperluan kepada pemantapan integriti, pengukuhan governans dan pemerkasaan pencegahan rasuah sama ada melalui perubahan dasar, penambahbaikan sistem
dan teknologi, pengukuhan struktur dan pemantauan serta pemantapan modal insan.


Bersandarkan OACP yang dirangka, diharapkan dapat memperkemaskan usaha pencegahan rasuah agar lebih tegas dan komited. OACP ini akan menjadi panduan kepada ISN untuk meletakkannya sebagai sebuah agensi yang berintegriti tinggi dan bebas rasuah. Dokumen OACP ISN 2022-2026 boleh dimuat turun pada pautan berikut (klik untuk muat turun)

Sumber:

Urus Setia OACP ISN

Unit Integriti