MAJLIS PERHIMPUNAN MESRA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN ANJURAN BERSAMA INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN) DAN INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

22 Februari 2021 – Majlis Perhimpunan Mesra Kementerian Belia dan Sukan anjuran Insititut Sukan Negara dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia telah diadakan pada jam 9.20 pagi bertempat di Dewan Perdana, Bukit Jalil.

Majlis ini diadakan secara hibrid berikutan negara masih diselubungi pandemik Covid-19, mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencegah penularan COVID-19. Hanya sebahagian jemputan yang hadir secara fizikal manakala majoriti warga KBS menyertai secara atas talian menerusi aplikasi ZOOM.

Antara yang hadir adalah barisan tertinggi pengurusan, pegawai serta anggota seramai 57 orang di samping mengamalkan penjarakan sosial.

Berikut merupakan intipati penting telah disampaikan oleh YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia:-

  • Bagi meningkatkan produktiviti, beliau menyarankan agar warga KBS mempraktikkan etika kerja yang positif ini berikutan budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan kualiti sesebuah organisasi. Selain itu, persekitaran kerja yang sihat membolehkan pekerja menjadi lebih bermotivasi, seterusnya dapat menjadi satu faktor dalam peningkatan kecemerlangan KBS.
  • Penjawat awam perlu memiliki aspirasi dan keazaman inisiatif baharu melalui penerapan lima nilai iaitu pantas, pengetahuan bertaraf dunia, memberi inspirasi, fleksibel dan berasaskan teknologi (S.W.I.F.T) tatkala negara sedang menuju ke fasa endemik serta mengamalkan praktis terbaik dari dalam dan luar negara serta mengambil inspirasi daripada tokoh-tokoh yang ternama bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah berkesan, menepati keperluan semasa dengan pantas dan tidak berlengah
  • Bersempena dengan Hari Kanser Sedunia bertemakan “Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser” (Close the Care Gap), warga KBS disarankan untuk agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif serta tidak merokok bagi mengurangkan kadar pesakit kanser. Ini berikutan hasil dapatan yang diperolehi IYRES melalui kajian Indeks Belia Malaysia mendapati bahawa skor keseluruhan kesihatan generasi belia Malaysia hanya berada pada tahap sederhana.

Acara kemuncak majlis ini adalah dengan terlaksananya Pra Pelancaran ISN Performance Centre atau PPSN 2.0.PPSN 2.0 ini yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Sports Performance X (SPX) dan FitMalaysia X (FMX) yang memberi nafas baru dalam ekosistem sukan negara dengan membuka peluang kepada kumpulan sasaran untuk menikmati perkhidmatan sains sukan berbayar berkonsepkan sports science evidence-based approach bertaraf dunia.

PPSN 2.0 ini menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan sains sukan pendidikan sains sukan (konsultasi) seperti perkhidmatan Konsultasi Intervensi Spesifik dan Pengujian; perkhidmatan Perancangan Persediaan Pelan Perkhidmatan Prestasi Tinggi, Perkhidmatan Liputan semasa kejohanan dan latihan serta lain-lain yang berkaitan. Majlis kemudiannya dimeriahkan dengan sesi senaman ringkas oleh Pegawai Fit Malaysia x, En. Mohammad Faiz bin Othman dan diikuti oleh semua barisan tertinggi KBS dan warga KBS yang lain. Majlis diakhiri dengan sesi menjamu selera dan sesi sidang media. Sebelum bersurai, YB Menteri menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih khususnya kepada pihak penganjur iaitu ISN dan IYRES.