SOALAN LAZIM

HUBUNGI KAMI

ADUAN & MAKLUMBALAW

PETA LAMAN

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN EFEKTIF

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2026 – Institut Sukan Negara (ISN) telah menganjurkan sesi perkongsian ilmu menerusi program Integrity Sharing bertajuk Kursus Kepimpinan dan Penyeliaan Efektif yang disampaikan oleh En. Akmal Ariff bin Zainul Ariff, Timbalan Ketua Pusat, Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan (PPPK), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Program ini disertai oleh Pengarah Bahagian serta Ketua Cawangan, Pusat dan Unit ISN.

Program ini bertujuan memperkukuh keupayaan Ketua Jabatan dan Penyelia dalam memimpin serta mengurus pasukan kerja secara strategik, efektif dan profesional. Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada pelbagai aspek penting merangkumi kepimpinan, komunikasi, pengurusan prestasi, penyelesaian konflik, pembuatan keputusan serta pembangunan potensi warga kerja.

2

Melalui perkongsian ini, para peserta turut memperoleh panduan dan pendekatan sistematik dalam mengurus pekerja yang kurang berprestasi atau berhadapan dengan isu disiplin. Di samping itu, kursus ini meningkatkan keupayaan peserta untuk membuat keputusan yang tepat, cepat dan berkesan di peringkat operasi tanpa perlu sentiasa bergantung kepada pihak pengurusan tertinggi.

Penganjuran program ini diharap dapat melahirkan pemimpin dan penyelia yang lebih kompeten, berintegriti serta mampu membentuk budaya kerja berprestasi tinggi selaras dengan aspirasi Institut Sukan Negara.
3a