KUALA LUMPUR, 18 Jun 2026 – Institut Sukan Negara (ISN) telah menganjurkan sesi perkongsian ilmu menerusi program Cakna Integriti bertajuk ‘Kenali Kartel Dalam Perolehan Awam’ yang disampaikan oleh Cik Zainab Hanis binti Zulkifli, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Reformasi Perundangan & Antarabangsa, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga ISN mengenai risiko dan implikasi aktiviti kartel dalam perolehan awam, di samping memperkukuhkan budaya integriti, tadbir urus yang baik serta pematuhan terhadap prinsip persaingan yang adil dalam pengurusan organisasi.
Melalui sesi yang interaktif dan informatif ini, para peserta memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang cara mengenal pasti amalan kartel, langkah pencegahan serta peranan setiap individu dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti terus menjadi keutamaan di tempat kerja.
