ISN10 Virtual Run.

Bersempena sambutan ulang tahun ISN ke-10, pihak ISN turut menganjurkan acara larian atas talian yang dikenali sebagai ISN10 Virtual Run. Pendaftaran bagi acara larian ini telah dibuka secara rasmi pada 10 September 2021 dan acara larian akan berlangsung dari 10 Oktober sehingga 10 November 2021.Antara objektif utama program ini adalah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat sambil beriadah secara santai. Selain itu, program ini merupakan salah satu inisiatif ISN bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Sukan Negara oleh Kementerian Belia dan Sukan. Acara larian ini terbahagi kepada dua kategori iaitu 10 kilometer dan 42 kilometer serta terbuka kepada semua Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia.

Anda juga boleh menjadi juara! 
Link pendaftaran >>> https://bit.ly/ISN10VirtualRun
ISN 10 Virtual Run

Jarak: 10km, 42km

Tempat: Bebas

Kami menerima langkah dan jarak terkumpul (GPS / treadmill)

1 langkah = 0.762m

1000 langkah = 762m

Item yang akan anda perolehi apabila mendapatkan pakej penuh:

> Jersi Finisher

>Pingat Penamat

>Stokin (Penamat 42KM sahaja)

>Beg Drawstring

>Gelang tangan

>Kad Terima Kasih

Pendaftaran kini dibuka di aplikasi JomRun ! JOM!!

Aplikasi Android: http://bit.ly/jomrun

Aplikasi iPhone: http://bit.ly/jomrunios

Aplikasi Huawei: https://bit.ly/jomrunhuawei

#JomRun#JomRunVirtualRun#ISN10VR