Ucapan Tahniah Kepada KSU.

Tahniah diucapkan kepada

YBhg. Dato’ Lokman Hakim bin Ali atas pelantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan mulai 15 Mac 2016

 

Tahniah diucapkan kepada

YBhg. Dato’ Lokman Hakim bin Ali
Atas pelantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan mulai 15 Mac 2016 bagi menggantikan YBhg. Dato Sri Jamil bin Salleh yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. YBhg. Dato’ Lokman Hakim bin Ali merupakan KSU termuda yang dilantik setakat ini.

YBhg. Dato’ Lokman Hakim bin Ali, 45 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Claremont Graduate University, California, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dari University of Southern California, Amerika Syarikat. Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 22 tahun dan mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 21 Mac 1994. Beliau berpengalaman dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pengurusan awam dan pengurusan pembangunan sosial menerusi karier perkhidmatannya sebagai:

 

  • Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan mulai 3 April 2015;
  • Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri;
  • Naib Presiden, Perhubungan Kerajaan, Malaysian Biotechnolgy Corporation Sdn Bhd;
  • Ketua Penolong Pengarah, Unit Teknologi Standard dan Alam Sekitar Perkhidmatan Perkilangan dan E-Dagang, Bahagian Dasar Pelaburan dan Perkhidmatan Perkilangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;
  • Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;
  • Penolong Pengarah, Bahagian Hal Ehwal APEC, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; dan
  • Penolong Pengarah, Bahagian Hubungan Perdagangan Dua Hala, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.