Oleh : Nor Ikhsan Mohd Noor & Mohd Zaid Mohd Ghazali, Pusat Pendidikan Profesional, Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan, Institut Sukan Negara
13 JULAI 2017, BUKIT JALIL: Institut Sukan Negara(ISN) melalui Pusat Pendidikan Profesional,Bahagian Penyelidikan & Pendidikan telah menganjurkan kursus Sports Taping: Beginner (Pilot Test). Kursus ini bertujuan untuk menguji keberkesanan kandungan modul yang telah dimurnikan serta sebagai satu eksperimen bagi mendapat maklumbalas daripada peserta berkaitan isi kandungan modul dan penganjuran kursus.
Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari Bahagian Perubatan dan Bahagian Prestasi Sukan ISN telah menghadiri kursus ini. Sepanjang kursus ini para peserta didedahkan dgn ilmu pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan Sports Taping. Disamping itu juga, para peserta yg hadir berpeluang utk mengaplikasikan teknik asas ‘Sports Taping’ bahagian lutut dan buku lali. Bagi melengkapkan kursus ini, para peserta juga perlu menjalani ujian pre & post serta penilaian praktikal bagi membolehkan mereka menerima sijil penyertaan.
Secara keseluruhannya, kesemua para peserta berjaya melengkapkan kursus dengan jayanya. Para peserta juga menunjukkan peningkatan prestasi dari segi ilmu pengetahuan dan teknik asas Sports Taping berdasarkan keputusan ujian pre & post serta ujian penilaian praktikal. Ilmu asas tersebut adalah sangat penting terhadap peserta yang terlibat kerana rutin tugasan harian yang melibatkan atlet prestasi tinggi.