Team Podium Malaysia menghadiri Bengkel Media bersama Sports Warrior Global

Bukit Jalil, 23 Jun 2016 (Khamis)- Seramai 27 orang atlet podium dari sukan tenpin bowling, badminton, squash,memanah, olahraga (paralimpik), pelayaran (paralimpik) dan sepak takraw telah menyertai Bengkel Media yang dianjurkan oleh Bahagian Podium, ISN dengan kerjasama Sports Warrior Global di Dewan Komanwel, ISN.

Bengkel yang bermula seawal 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini dikendalikan oleh En. Raymond Phoon dan Cik Sharon Wee yang merupakan bekas pemain squash negara serta personaliti TV di Astro Arena.

Bengkel ini bertujuan mendedahkan atlet bagaimana berkomunikasi secara profesional dengan pihak media dan mereka juga di beri pendedahan melalui sesi ‘Live simulated demonstration’.

Diharap dengan bengkel ini dapat membantu atlet-atlet negara untuk berkomunikasi dengan lebih baik, terutama apabila berhadapan dengan pihak media khususnya.

 

‪#‎TeamISN

‪#‎ISNMalaysia
‪#‎Podium
‪#‎Atlet