Sesi Lawatan Kolaborasi Fakulti Sains Kesihatan UKM dan Institut Sukan Negara

Bukit Jalil, 17 Jun 2016 – Sesi Lawatan Kolaborasi Fakulti Sains Kesihatan UKM dan Institut Sukan Negara (ISN) telah dijalankan bagi membincangkan perihal-perihal berkaitan jalinan kerjasama dari segi kesihatan, sains dan sukan telah dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dr Khairi Zawi.

UKM yang diwakili oleh beberapa orang pensyarah iaitu, Prof Dr Poh Bee Koon, Dr Noor Aini Jamil serta Prof Madya Dr Nik Shanita Safii telah memberi penerangan berinformasi dimana pakatan strategik ini dapat memberikan sesuatu yang penting untuk pembangunan sukan di negara ini.

ISN juga turut diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, En Ahmad Zawawi, serta Pengarah- Pengarah Bahagian.

Diharapkan inisiatif ini sebagai satu batu loncatan dalam misi menaikkan mutu industri sukan tanahair.

‪#‎TeamISN‬