SINGAPORE 2019 WORLD PARA SWIMMING SERIES

Kejohanan Singapore 2019 World Para Swimming Series akan berlangsung pada 10 hingga 12 Mei 2019 bertempat di OCBC Aquatic Centre, Singapore yang dianjurkan oleh Singapore Disability Sports Council (SDSC).

Pasukan Para Renang terdiri daripada 12 atlet yang terlibat bersama 3 orang Jurulatih iaitu Xin Xin Li, Hie Ming Wong dan Victor Kung. Wakil Institut Sukan Negara yang akan memberikan khidmat biomekanik dan analisis prestasi sukan iaitu Pn. Siti Nur Khairunnisa Binti Mad Arifin (Ketua Pusat Sukan Paralimpik).

Pertandingan antarabangsa ini akan menjadi peluang tepat pada masanya untuk negara-negara serantau untuk bersaing dengan perenang antarabangsa dalam pertandingan selama 3 hari. Acara ini dijangka mengalu-alukan kira-kira 150 perenang.