SAMBUTAN NATIONAL BIOMECHANICS DAY PERINGKAT ISN TAHUN 2019

BUKIT JALIL, 26 APRIL 2019 – Sambutan National Biomechanics Day Peringkat ISN Tahun 2019 telah diadakan di Human Movement Lab, Institut Sukan Negara yang dianjurkan oleh Pusat Biomekanik dan Analisis Prestasi Sukan, Cawangan Sains Sukan. Ini adalah bersempena dengan sambutan World Biomechanics Day kali ke-4 yang disambut setiap tahun oleh seluruh Ahli Biomekanik di dunia pada 10 April 2019. Sambutan kali ini adalah kali ke-2 diadakan di ISN. Penganjuran pertama telah diadakan pada tahun 2018 yang hanya melibatkan staf di peringkat ISN dengan melibatkan beberapa aktiviti menarik. Namun, bagi tahun ini format penganjuran adalah sedikit berbeza kerana telah melibatkan wakil-wakil pensyarah dan pelajar jemputan dalam bidang Biomekanik dari universiti-universiti tempatan seperti UiTM, USM, UMP dan sebagainya.