PENGENALAN KEPADA HARTA INTELEK: HAKCIPTA, CAP DAGANGAN DAN PATEN

Bukit Jalil, 8 September 2015 – Cawangan Pengurusan Penyelidikan, Bahagian Penyelidikan, Pendidikan dan Inovasi Sukan, Institut Sukan Negara (ISN) telah mengadakan taklimat yang bertajuk Introduction to Intellectual Property : Copyright, Trade Mark and Patent bertempat di Bilik Seminar 2, ISN. Taklimat yang berlangsung selama dua jam ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pegawai dan anggota ISN akan kepentingan melindungi harta intelek dari disalahgunakan oleh pihak tertentu. Penceramah untuk taklimat ini ialah Cik Sofia Rehan Ismail dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

 

Disediakan oleh Dzul Syazwan Mat Sah
Cawangan Pengurusan Penyelidikan
Bahagian Penyelidikan, Pendidikan dan Inovasi Sukan