Bengkel Tatatertib

Bukit Jalil- Unit Integriti, ISN dengan kerjasama Seksyen Pembangunan Sumber Manusia, ISN telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Tatatertib 2015 bertempat di Bilik Seminar 2, ISN pada 2 hingga 4 September 2015. Bengkel yang julung kali diadakan ini telah disertai oleh ketua cawangan/ pusat/Unit/Seksyen iaitu seramai 25 orang. Bengkel ini juga merupakan satu tatacara pengendalian untuk mengawal disiplin pegawai dan anggota ISN yang melibatkan elemen-elemen pelanggaran peraturan dan akibat daripada pelanggaran peraturan tersebut. Pengurusan tatatertib memerlukan pemahaman dan penghayatan mendalam falsafah, konsep dan matlamat tindakan tatatertib.

Objektif Kursus ini dirangka untuk memberi pemahaman yang mendalam tentang undang-undang yang digunapakai iaitu Akta 605, Akta Badan Berkanun dan Surcaj 2000 dan meningkatkan kemahiran menyediakan kertas pertuduhan tatatertib. Juga ia adalah suatu pencerahan kepada peranan dan tanggungjawab ketua cawangan/Unit/Seksyen dalam mengurus kakitangan bawahan yang bermasalah, teknik mengurus serta melaksanakan tindakan kaunseling dan tatatertib. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Halimahton Munawaroh Binti Tasu dari Jabatan Perkhidmatan Awam.