Majlis Perasmian Program ISN INSPIRE 2023

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2023: Majlis Perasmian Program ISN INSPIRE 2023 telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara. Majlis dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan yang turut dihadiri Ahli Lembaga Institut dan pemimpin-pemimpin dibawah agensi KBS.

Pelaksanaan Majlis ISN Inspire pada hari ini adalah bersempena sambutan Hari Ulang Tahun ISN yang ke-12 pada 16 September 2023. Pelbagai inisiatif-inisiatif baharu ISN diperkenalkan pada hari ini bertepatan dengan peranan ISN sebagai sebuah agensi sukan berprestasi tinggi negara yang bertunjangkan sains, perubatan dan teknologi sukan. Majlis “ISN Inspire” yang bertemakan “It’s time to inspire” juga merupakan simbolik kepada peranan penting ISN di dalam kemajuan sukan negara dan tekad warga ISN bagi meneruskan legasi kecemerlangan di masa hadapan.

Bersempena Majlis ISN Inspire, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut mengumumkan pelantikan seramai 6 orang Ahli Lembaga Institut Sukan Negara yang baharu bagi melengkapkan keanggotaan Lembaga Institut Sukan Negara (ISN). Pelantikan individu-individu yang berpengalaman luas dalam bidang kepakaran masing-masing ini dilihat bakal mencetuskan impak yang positif kepada ISN dalam memacu kecemerlangan negara dalam bidang sains, perubatan dan teknologi sukan.

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh percaya barisan Ahli Lembaga ISN yang baharu ini akan mampu mendukung visi dan misi beliau dalam memperkukuh peranan ISN sebagai peneraju ekosistem sukan prestasi tinggi serta penyelidikan dan inovasi sukan bertaraf dunia.

Anggota-anggota Lembaga ISN yang baharu dilantik adalah seperti berikut:

YBhg. Datuk Chin Leng Sim @ Marina Chin, bekas Olahragawati Kebangsaan sebagai Pengerusi Lembaga

YBrs. Dr. Mohd Azman bin Yacob
Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan selaku wakil Kementerian Kesihatan Malaysia

Ahli-ahli lantikan YB Menteri:

YBhg. Datuk Subramaniam Veruthasalam
Timbalan Presiden 1, Persatuan Badminton Malaysia
YBhg. Datuk Nicol Ann David
Pengasas dan Ketua Jurulatih Organisasi Nicol David

YBrs. Dr. Tan Kah Hock
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Olimpik Malaysia Wilayah Timur

YBrs. Dr. Mohamed Nashrudin bin Naharudin
Pensyarah, Fakulti Sukan dan Sains Eksesais, Universiti Malaya

Keanggotaan ahli-ahli Lembaga sedia ada merupakan wakil daripada Kementerian dan agensi Kerajaan, Ketua Pegawai Eksekutif ISN dan anggota lantikan Menteri seperti yang termaktub di dalam Akta Institut Sukan Negara 2011 (Akta 729) seperti berikut:

YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu
Ketua Setiausaha KBS

YBrs. Encik Ahmad Faedzal bin Md Ramli
Ketua Pegawai Eksekutif ISN

YBrs. Encik Hairul bin Abdul Hamid
Ketua Seksyen Koordinasi Khas,
Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat,
Kementerian Kewangan

YBhg. Datin Noorazah binti Omar
Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa,
Kementerian Pendidikan Tinggi

YBrs. Encik Zainal bin Abas
Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia

YBhg. Dato’ Ahmad Shapawi bin Ismail
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara

YB. Dato’ Shahrul Zaman bin Datuk Yahya
Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia

YM Prof. Madya Dr. Tengku Fadilah binti Tengku Kamaldeen
Ketua Jabatan Pengajian Sukan, Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia

Pihak KBS yakin dan percaya bahawa Lembaga ISN yang baharu ini bersama pihak pengurusan kanan ISN yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif ISN, En. Ahmad Faedzal bin Md Ramli akan komited dalam memacu ekosistem sukan negara yang mampan, meningkatkan penyerlahan potensi serta prestasi atlet seterusnya mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa sejajar dengan strategi dan inisiatif yang telah dinyatakan dalam Pelan Strategik ISN 2030 (V30).

Kementerian Belia dan Sukan juga ingin melahirkan rasa penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Rahmat bin Mohamad yang telah memainkan peranan penting dan berimpak besar selaku Pengerusi Lembaga Institut selama hampir 3 penggal dari tahun 2018 hingga 2023 berserta 3 bekas Ahli Lembaga Insitut iaitu Encik Amiruddin bin Abdul Shukor, YBhg. Dato’ Dr. Vasan Sinnadurai dan Encik Ti Deng Jay.

TeamISN #BeyondPerformance