“COACH DEVELOPER DEVELOPMENT COURSE”

BUKIT JALIL, 12 JULAI 2023 – Coach Developer Development Course telah diadakan pada 12 hingga 14 Julai 2023 dan merupakan satu kursus yang dikendalikan Nippon Sports Science University Coach Developer Academy (NCDA). Kursus ini menumpukan kepada pembangunan jurulatih dan menyokong kepada sistem kejurulatihan sukan di Malaysia dan dirangka bagi meneruskan kesinambungan usahasama di antara pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Nippon Sports Science University (NSSU) melalui lawatan kerja YB Menteri ke Tokyo (April 2023) bagi memastikan pembangunan kejurulatihan secara berstruktur kepada kumpulan pelapis jurulatih negara. 

Ini merupakan kesinambungan daripada Kursus “Coach Developer” yang telah dianjurkan pada 8 Mac 2023 bertempat di Dewan Komanwel ISN. Kursus ini merupakan satu platform kepada Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), Institut Sukan Negara (ISN) untuk membangunkan dan merangka modul pendidikan kejurulatihan berterusan yang baharu. 

Pengisian kursus ini termasuklah teori dan praktikal berkaitan kemahiran jurulatih secara menyeluruh dalam merancang program latihan secara berstruktur, komunikasi secara berkesan serta menilai kemahiran dan pengetahuan jurulatih dalam pelbagai situasi.

Kursus ini melibatkan lebih 20 orang jurulatih yang terdiri dari Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan yang memiliki sekurang – kurangnya Lesen B di bawah Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK).   

NCDA adalah sebuah organisasi di Tokyo yang telah membangunkan jurulatih dan menyokong pembangunan sistem kejurulatihan dengan kerjasama Majlis Kejurulatihan Antarabangsa (International Council for Coaching Excellence, ICCE). 

Diharap dengan usahasama antara KBS dan NSSU ini dapat meningkatkan tahap perkhidmatan dan sistem kejurulatihan serta melahirkan lebih ramai jurulatih yang berkualiti di Malaysia.

#TeamISN #BeyondPerformance