Kursus Pengauditan Forensik dan Penyiasatan

Unit Integriti dan Unit Audit Dalam ISN buat julung kalinya telah berkolaborasi menganjurkan Kursus Pengauditan Forensik dan Penyiasatan pada 10-11 Julai 2023 di Dewan Komanwel ISN yang dikendalikan oleh Tuan Haji Redzuan bin Abdul Samad, mantan Timbalan Pengarah Audit Negeri Selangor yang mempunyai pengalaman 39 tahun sebagai Juruaudit di Jabatan Audit Negara, Malaysia dan pernah dipinjamkan ke SPRM (ditempatkan di Unit Forensik Perakaunan).

Antara objektif kursus ini adalah:
i. memberi pendedahan berkaitan isu, masalah dan kesan yang berlaku akibat jenayah kewangan bukan sahaja kepada organisasi, malah merentasi masyarakat dan negara secara keseluruhannya.

ii. meningkatkan tahap pemahaman dan pengetahuan di kalangan para peserta terutamanya isu-isu bersangkutan dengan fraud dan jenayah kewangan.

iii. membincangkan audit forensik dan tadbir urus perakaunan forensik bagi menguatkan mekanisme kawalan.

iv. memberi pengetahuan berkaitan proses penyiasatan, penemuan bukti dan penyediaan laporan penyiasatan yang komprehensif.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 25 orang peserta dari jabatan/agensi/organisasi/syarikat luar termasuk negeri-negeri dan 27 orang peserta di kalangan staf ISN sendiri. Peserta terdiri daripada juruaudit, penolong juruaudit, akauntan, penolong akauntan, Ketua Unit Integriti, Ketua Unit Integriti dan Governans (CIGO) pegawai integriti, pegawai kewangan dan mereka yang terlibat dalam proses kewangan.

Perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ISN, YBrs. Encik Ahmad Faedzal bin Md Ramli pada 11 Julai 2023.

#TeamISN#BeyondPerformance