ISN UMUM KRITERIA PEMILIHAN ATLET PODIUM PROGRAM 2017

KRITERIA PEMILIHAN ATLET PODIUM PROGRAM 2017

Pengumuman ini bertujuan untuk memastikan setiap atlet berkemampuan menunjukkan berprestasi tinggi dalam menghasilkan pencapaian berkelas dunia semasa di Kejohanan Sukan Antarabangsa, melalui pendekatan berprestasi tinggi dan pengkaedahan saintifik.

Ini adalah juga untuk memastikan Program PODIUM memilih atlet yang bukan sahaja pernah memenangi pingat pada masa lalu tetapi mungkin pada masa akan datang.

Matlamat Prestasi

  • Sukan Olimpik: Pingat Emas Pertama di Tokyo 2020
  • Sukan Komanwel: 10 Teratas di Gold Coast 2018
  • Sukan Asia: 10 Teratas di Jakarta 2018
  • Sukan Paralimpik: Lebih banyak pingat di Tokyo 2020 berbanding sebelumnya
  • 10 atlet di ranking 6 teratas dunia

Hanya atlet daripada sukan yang terdapat di dalam Sukan Olimpik, Paralimpik, Komanwel atau Sukan Asia akan dipertimbangkan untuk pemilihan. Oleh itu, pemilihan atlet untuk Program PODIUM akan seiring untuk mencapai objektif prestasi tersebut.

Kriteria Prestasi

  • Kedudukan 8 Teratas dalam acara di Sukan Olimpik baru-baru ini
  • Kedudukan 8 Teratas dalam acara di Sukan Paralimpik baru-baru ini
  • Memenangi pingat di Sukan Asia baru-baru ini
  • Memenangi pingat di Sukan Komanwel
  • Berada di kedudukan 6 teratas/pada akhir musim sukan seseorang atlet
  • Jelas menunjukkan keupayaan untuk pingat di Sukan Olimpik akan datang
  • Jelas menunjukkan keupayaan untuk pingat di Sukan Paralimpik akan datang
  • Jelas menunjukkan keupayaan untuk pingat di Sukan Asia yang akan datang
  • Jelas menunjukkan keupayaan untuk pingat di Sukan Komanwel yang akan datang

Senarai atlet yang terpilih untuk Program PODIUM 2017 akan dikongsi dengan Persatuan Sukan Kebangsaan dan akan diumumkan secara rasminya pada sidang akhbar sebaik sahaja keputusan muktamad.