KERJASAMA STRATEGIK ANTARA ISN DAN UMP

GAMBANG, 8 MAC 2016 –  INSTITUT Sukan Negara (ISN) maju selangkah lagi apabila memeterai perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dimana kerjasama ini sudah pasti memberikan input yang berguna dalam merumuskan satu strategi terbaik demi kemajuan sukan berprestasi tinggi pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, YBhg. Dr. Khairi Zawi, berkata usaha sama ini bertujuan untuk membuka ruang bagi kedua-dua belah pihak menerokai dan meluaskan bidang teknologi dan sains sukan sebagai satu aspek penting dalam pembangunan sukan negara.

“Perjanjian Persefahaman ini adalah untuk mewujudkan kerjasama strategik dalam menawarkan perkhidmatan dalam bidang teknologi sukan yang telah dikenal pasti dan mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Kerjasama ini akan berkuatkuasa selama tiga tahun. Diharap dengan jalinan kerjasama ini akan menjadi medan utama dalam menghasilkan inovasi yang berpotensi maju bukan sahaja di peringkat negeri tetapi sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dalam majlis MoU itu, ISN diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, YBhg. Dr. Khairi Zawi, manakal UMP diwakili oleh Professor Dato’ Dr. Daing Mohd Nasir bin Daing Ibrahim, Naib Cancelor UMP sambil disaksikan oleh Timbalan Naib Cancelor Akademik dan Antarabangsa UMP, Professor Dato’ Dr. Rosli bin Mohd Yunus.