NASIHAT DAN KEWASPADAAN DALAM MENGHADAPI CUACA PANAS DAN KERING

        Seperti yang umum sedia maklum bahawa beberapa negeri sedang berhadapan dengan fenomena cuaca panas dan kering yang mana ianya dijangka akan turut dirasai di seluruh Negara. Keadaan semasa ini adalah disebabkan oleh fenoma lautan yang disebut sebagai El Nino. Menurut kenyataan media Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), menerusi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau bertarikh 8 Januari 2016, bahawa fenomena El Nino ini akan berlanjutan sehingga suku pertama tahun 2016 ini. Juga, pengurangan jumlah hujan (antara 20% – 60%) serta pertambahan suhu (sekitar 0.5°C hingga 2.0°C berbanding biasa) dijangkakan akan berlaku.

     Situasi seperti ini sering menimbulkan kerisauan kepada orang ramai terutamanya kepada warga sukan yang sering melakukan aktiviti sukan di luar bangunan. Memetik kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bertarikh 11 Januari 2016 baru-baru ini, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas terik. Menurutnya, cuaca panas terlampau boleh mengakibatkan seseorang individu itu untuk mendapat dehidrasi (dehydration) dan strok haba (heat stroke).

       Pihak Institut Sukan Negara (ISN) menyarankan agar semua pihak terutamanya kepada atlet yang menjalani latihan di luar mengambil maklum dan mengambil langkah-langkah proaktif daripada terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness) seperti stress haba (heat stress) yang boleh mengakibatkan berlakunya strok haba (heat stroke) jika dibiarkan. Perlu diingatkan bahawa stress haba (heat stress) juga boleh berlaku di dalam keadaan cuaca bukan panas, iaitu di suasana persekitaraan yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Ini adalah kerana persekitaran yang berkelembapan tinggi boleh menghalang penyejatan peluh berlaku dengan sempurna (prevents adequate evaporation of sweat). Seseorang individu itu dikatakan mengalami penyakit bawaan haba (heat illness) sekiranya memiliki tanda-tanda (signs) dan/ gejala-gejala (symptoms) seperti berikut:

Tanda dan gejala Penyakit Bawaan Haba (Signs and symptoms of Heat Illness)

  1. Merasa kepala ringan, pening kepala (Light headedness, dizziness)
  2. Mual (Nausea)
  3. Kelihatan kelesuan yang jelas (Obvious fatigue)
  4. Badan berhenti mengeluarkan peluh (Cessation of sweating)
  5. Kehilangan kebolehan skill dan kordinasi/ kekalutan atau pon hilang keseimbangan badan yang jelas (Obvious loss of skill and coordination/ clumsiness or unsteadiness)
  6. Kekeliruan (Confusion)
  7. Bertindak agresif atau pon menunjukkan perangai yang tidak rasional (Aggressive or irrational behaviour)
  8. Tahap kesedaran berubah (Altered consciousness)
  9. Jatuh pengsan (Collapse)
  10. Warna kulit bertukar menjadi kelabu-keputihan (Ashen grey pale skin)

Individu yang mengalami tanda-tanda (signs) dan/ gejala-gejala (symptoms) seperti di atas boleh mengambil langkah-langkah rawatan bantu mula (first aid) seperti berikut:

Apa yang perlu dilakukan? (What to do?)

  1. Dibawa keluar daripada padang/ tempat bersukan (Remove from the field of play)
  2. Baringkan/ rehatkan individu terbabit di persekitaran yang nyaman (Lay the person down in a cool place)
  3. Meninggikan kedua-dua kaki dan pelvis untuk melancarkan tekanan darah (Raise the legs and pelvis to improve blood pressure)
  4. Melonggarkan/ menanggalkan lebihan pakaian (Remove excess clothing)
  5. Membasahkan kulit and pengipaskan badan (Wet skin liberally and vigorous fanning)
  6. Meletakkan ais di kawasan tengkok, celahan ketiak dan paha (Apply ice packs to groin, armpits and neck)
  7. Memberikan air minuman sekiranya sedar (Give cool water if conscious)

Walaubagaimanapun, selepas mengambil langkah-langkah seperti di atas, jika individu berkenaan masih kelihatan sakit, kekeliruan (confusion), muntah-muntah (vomiting) atau menunjukkan perubahan pada tahap kesedarannya (altered consciousness), bantuan perubatan haruslah diperolehi dengan kadar segera (seek medical help immediately).

Sebelum terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness), ianya boleh dielakkan dengan mengambil langkah-langkah pencegahan iaitu:

Langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko kejadian Penyakit Bawaan Haba (Preventive steps to minimise the risk of Heat Illness)

  • Menghadkan aktiviti luar semasa cuaca panas terik (Limit outdoor activities during extremely hot weather conditions)
  • Mengelakkan melakukan aktiviti pada masa cuaca paling panas pada sesuatu hari, pada kebiasaannya di anatara jam 11pagi – 3 petang (Avoid the hottest part of the day, usually 11am-3pm)
  • Memastikan badan sentiasa mendapat air yang secukupnya iaitu dengan meminum air minuman sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti sukan (To ensure adequate hydration before, during and after sports activities). Disarankan untuk meminum:
  1. 2 cawan air minuman (500ml) 2 jam sebelum melakukan aktiviti (2 cups of 500ml of water 2 hours prior)
  2. 2-3 cawan air minuman (500-750ml) yang menyejukkan badan atau air minuman sukan (sports drink) setiap jam semasa bersenam, bagi aktiviti yang berlangsung selama 60 minit atau lebih (2-3 cups of 500-700ml of cool water or sports drinks per hour for activities lasting for 60 minutes or more),
  • Dalam masa 2 jam selepas melakukan aktiviti (Within 2 hours after activities)
  • Pemakaian seharuslah berkebolehan untuk menyejat peluh daripada kulit dengan baik (clothing that allows easy evaporation of sweat from the skin), berwarna cerah (light coloured), ringan dan tidak ketat (light weight and loose fitting) serta memberikan perlindungan daripada sinaran matahari (provides protection against the sun).

Warga sukan haruslah sentiasa peka dengan situasi semasa dan mendapatkan maklumat kesihatan daripada media massa dan laman sesawang pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Maklumat-maklumat berkaitan langkah-langkah pencegahan seperti di atas juga boleh didapati menerusi laman sesawang pihak KKM.

Rujukan:

 Kenyataan Media YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi : Cuaca Panas Dijangka Sehingga Mac 2016, 8 Januari 2016

http://www.met.gov.my/documents/10661/248561/KENYATAAN+MEDIA+YBM+MOSTI+-+FENOMENA+EL+NINO_8+JAN

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) : Apakah El Nino?

http://www.met.gov.my/web/metmalaysia/education/weather/weatherphenomena/elninolanina?p_p_id=56_INSTANCE_zMn7KdXJhAGe&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column1&p_p_col_pos=1&p_p_col_count=2&_56_INSTANCE_zMn7KdXJhAGe_page=1

 

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia : Penjagaan Kesihatan Ketika Cuaca Panas dan Kering, 11 Januari 2016

http://kpkesihatan.com/category/environmental-health/

 

Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM: Cuaca Panas: Nasihat Kepada Orang Ramai

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Cuaca%20Panas-Nasihat%20Kepada%20Orang%20Ramai.php

 

Sports Medicine Australia: Hot Weather

http://sma.org.au/resources-advice/policies-guidelines/hot-weather/

 

American College of Sports Medicine: Preparing For and Playing In the Heat

http://www.acsm.org/access-public-information/articles/2012/01/13/preparing-for-and-playing-in-the-heat

 

 Oleh : Dr Zakiy Jamalul-Lail (Bahagian Perubatan Sukan) 

 Disunting oleh : Nurafika Shahrudin (Cawangan Korporat Komunikasi)