Kuala Lumpur – 11 September 2015 (Jumaat) – Bengkel satu hari bertajuk Data Analysis & Scientific Graphing with SigmaPlot telah dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Penyelidikan bertempat di Wisma R&D, Universiti Malaya. Penceramah jemputan adalah Prof. Ir. Dr. Cheong Kuan Yew dari School of Material & Mineral Resources Engineering, Universiti Sains Malaysia. Bengkel ini menawarkan cara paling mudah dan ringkas untuk menganalisa dan memplot data. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Penyelidikan, ISN bersama Solutions 4U dengan seramai 15 orang peserta telah hadir.
Oleh:
Dayang Adlina Sharine
Cawangan Pengurusan Penyelidikan,
Bahagian Penyelidikan, Pendidikan dan Inovasi Sukan,
ISN