ISN ANJUR BENGKEL ATHLETE MANAGEMENT SYSTEM (AMS)

BUKIT JALIL, 11 – 15 MAC 2019 – Bengkel Athlete Management System (AMS) telah diadakan di Bilik Seminar 1, Institut Sukan Negara. Cawangan Sains Sukan, Bahagian Prestasi Sukan telah menjalankan bengkel bagi memberi pengenalan dan latihan kepenggunaan sistem AMS kepada pengguna yang telah dikenalpasti iaitu pegawai sains sukan, pegawai perubatan sukan, pegawai unit ICT, atlet dan jurulatih.

Athlete Management System (AMS) merupakan salah sebuah sistem yang digunakan untuk mengurus dan menganalisis data secara saintifik. Sistem ini mula diperkenalkan di ISN pada bulan Mei 2016 dibawah Program ISN-PODIUM. Bermula pada September 2018, sistem AMS dikendalikan oleh Bahagian Prestasi Sukan ISN untuk digunakan secara menyeluruh dikalangan pegawai sains sukan khasnya. Perancangan pengaplikasian sistem AMS ini adalah bertujuan untuk memudahkan kakitangan ISN khasnya di Bahagian Prestasi Sukan dan Bahagian Perubatan Sukan untuk melakukan setiap tugasan mengurus dan merekod prestasi atlet negara. Sistem ini juga dapat membantu dalam menganalisis data atlet secara saintifik melalui fungsi dan modul yang dibangunkan secara berterusan.

photo

Penceramah adalah dari Fusion Sports Pty Ltd. iaitu Mr. Braydon Mallitt. Beliau telah menyampaikan beberapa topik sepanjang bengkel tersebut diadakan iaitu pengenalan dan demonstrasi kepada AMS, SMARTABASE User Workshop, SMARTABASE Admin Workshop, SMARTABASE Builder Workshop dan demonstrasi integrasi AMS dengan aplikasi/sistem sedia ada di ISN.