FUNGSI BAHAGIAN STRATEGIK DAN PENGKOMERSIALAN
- Merancang, menggubal, menyelaras dan memantau serta mengawasi pelaksanaan dasar-dasar yang strategik berpandukan matlamat program atau aktiviti agensi di peringkat agensi, kementerian, kebangsaan dan antarabangsa.
- Merancang, merangka dan menetapkan hala tuju hal ehwal pengkomersialan yang meliputi pengurusan penajaan, perniagaan dan jalinan industri bagi memastikan agensi dapat mencapai Key Performance Indeks(KPI) penjanaan pendapatan.
- Merancang, merangka dan menetapkan hala tuju penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi teknologi sukan melalui jalinan industri dan pemindahan teknologi.
- Merancang, menyelaras dan memantau hal ehwal berkaitan tadbir urus pusat satelit sejajar dengan hala tuju, dasar dan polisi agensi.
- Merancang dan memantau hal ehwal berkaitan komunikasi korporat di agensi berada di tahap optimum sejajar dengan hala tuju, dasar dan polisi agensi.
- Mengurus hal-hal berkaitan jalinan kerjasama di luar negara berkaitan sains, perubatan dan teknologi sukan.
- Menjadi titik rujukan kepada Institut dalam segala pertanyaan berkaitan isu perundangan dan guaman serta meneliti, menyemak dan membuat pindaan ke atas dokumen-dokumen perjanjian / kontrak dan Memorandum Persefahaman (MoU).