SEMINAR AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

19 Mac 2019: En. Suresh Marathamuthu dari Cawangan Penyelidikan Translasi, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi telah dijemput sebagai penceramah bagi Seminar Amalan Gaya Hidup Sihat yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Seminar ini telah dihadiri oleh 40 orang peserta yang diberi ceramah dan latihan praktikal selama dua jam mengenai Kesihatan dan Kecergasan. Mereka telah diberi pemahaman tentang sindrom metabolik di Malaysia. Tahap obesiti di Malaysia sekarang berada pada tahap tertinggi di Asia Tenggara iaitu sebanyak 17.7 % (NHMS, 2015) dan lebih merunsingkan lagi adalah tahap lebihan berat badan dan obesiti (overweight and obesity) mencecah hampir 50%. Maka, peserta seminar ini telah didedahkan kepada cara-cara menangani isu ini dari segi amalan gaya hidup sihat dan cergas.

Secara amnya rakyat Malaysia disyorkan untuk mencapai tahap minimum senaman selama 150 minit dalam satu minggu oleh ‘American College of Sports Medicine’ (ACSM). Untuk mencapai objektif ini, pelbagai jenis senaman yang praktikal dibentangkan secara teori dan praktikal kepada peserta seminar ini. Antara senaman ringkas yang disyorkan adalah ‘stair-climbing’ (200 steps) setiap hari, ‘calisthenics exercises’ dan juga ‘work place modified exercises’. Senaman- senaman ringkas ini dapat diserapkan dalam kehidupan harian kita tanpa mengambil masa yang lama, peralatan sukan tertentu ataupun persekitaran yang sesuai. Peserta seminar ini juga dinasihatkan untuk tidak duduk secara berterusan (sitting time) untuk jangka masa lebih daripada 2 jam kerana ia didapati akan mengundang kepada sindrom metabolik. Mereka dinasihatkan untuk membuat senaman-senaman ringkas seperti yang diajar setiap 2 jam dalam tempoh masa bekerja mahupun di rumah. Kajian saintifik membuktikan bahawa ‘breaking sedentary time with short interval exercise (2 min) every 2 hour improve glucose metabolism and insulin sensitivity’ (David Dunstan, 2012).

Suresh Marathamuthu

Cawangan Penyelidikan Translasi