PERSEDIAAN ATLET MENJALANI LATIHAN KETIKA FENOMENA EL NINO

PERSEDIAAN ATLET MENJALANI LATIHAN KETIKA
FENOMENA EL NINO

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media bahawa negara akan berhadapan dengan cuaca panas dan kering sehingga suku pertama tahun 2016. Keadaan ini berlaku disebabkan fenomena El Nino yang kuat dan dijangka akan berterusan sehingga penghujung bulan Mac 2016.

Impak El Nino kepada negara secara umumnya boleh menyebabkan jumlah hujan diterima akan berkurangan, terutamanya bagi Sabah dan Sarawak. El Nino juga boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering berbanding suhu biasa.

Justeru itu, Institut Sukan Negara (ISN) ingin memberi nasihat dan panduan kepada atlet-atlet yang menjalani latihan lebih-lebih lagi atlet yang menjalani aktiviti latihan atau pertandingan di persekitaran di luar.

Untuk menghadkan kesan-kesan kepanasan melampau ketika El Nino, ISN mengesyorkan beberapa panduan mudah untuk para atlet dan jurulatih menjalani latihan. Berikut adalah tiga (3) langkah bagi mengelakkan ‘heat stroke’

  1. Elakkan berada dan berjemur di bawah matahari terik.
  2. Mandi dengan kerap bagi menyejukkan badan.
  3. Tukar baju yang dibasahi peluh dengan baju yang kering, ini kerana baju yang
    kering akan membolehkan peluh disejat untuk menyejukkan badan.

ISN juga turut mengesyorkan kepada mana Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan atau penganjur kejohanan jikalau boleh, dapat menunda sebarang aktiviti fizikal luar bagi memastikan keselamatan dan tahap kesihatan atlet dan penonton terjamin jika fenomena El Nino berterusan. ISN juga akan turut memantau dan memberi kenyataan nasihat dari masa ke masa mengenai situasi dan fenomena yang sedang melanda negara sekarang ini.

Dikeluarkan oleh :

Cawangan Komunikasi Korporat
Institut Sukan Negara
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
57000 Sri Petaling
KUALA LUMPUR

Tel : 03-89914533 / 016 9013564 (Normila)
Faks : 03-8994 6170
Emel : isnmedia@gmail.com