PEKERJA CEMERLANG, PRESTASI MENINGKAT

SERDANG, 17 MAC 2016 – Seramai 37 pegawai dan kakitangan ISN telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Kementerian Belia dan Sukan bagi tahun 2015. Majlis APC yang telah di adakan pada pagi ini merupakan satu penghargaan dan juga pengiktirafan kepada warga ISN yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan sentiasa mencapai standard dan kualiti yang telah di tetapkan.

Dengan adanya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini ia dapat menggalakkan pegawai dan kakitangan untuk terus memberikan sepenuh perhatian dan daya usaha dalam mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi, dan sekaligus menjadikan perkhidmatan yang di berikan oleh ISN diyakini oleh semua pihak yang terlibat dengan perihal sukan secara langsung atau tidak langsung agar ia  menepati kehendak dan ekspektasi mereka.

Semoga dengan adanya pengiktirafan ini ia mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan semua warga ISN untuk membuktikan keupayaan masing-masing bagi menghasilkan perkhidmatan yang terbaik pada masa akan datang.

TAHNIAH TEAM ISN!

Dikeluarkan oleh:

Cawangan Komunikasi Korporat, ISN