Makanan berwarna ungu mempunyai ciri antioksidan yang kuat, berperanan penting melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas, menyokong kesihatan jantung, salur darah dan kulit serta melancarkan process pencernaan. Makanan berwarna biru gelap dan nila mengurangkan stres oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan. Selain itu, makanan ini juga kaya resvaratol yang diyakini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser. Ayuh kita amalkan makanan berwarna ungu mulai hari ni.
KUBIS UNGU
Mengandungi 22 kalori dan 1 g protein tanpa lemak, 5 g karbohidrat, 1.5 g serat, 2.5 g gula semula jadi dan mengandungi lebih dari 90 peratus air. Kubis ungu juga mengandungi vitamin dan mineral yang cukup baik vitamin A dan C. Vitamin-vitamin tersebut bersifat antioksidan, di mana mampu membantu mengurangkan risiko kanser, diabetes, penyakit mata, tulang mereput, strok, serangan jantung dan penyakit buah pinggang.
BERI BIRU
Mengandungi jumlah anatioksidan yang tinggi dan kuat, termasuk viatamin C. Banyak kajian menunjukkan buah beri memberikan pelindungan terhadap strok, kanser dan banyak penyakit lain. Satu cawan beri biru mempunyai 81 kalori dan 4 gram serat.
UBI BIT
Mengandungi khasiat vitamin seperti A, B1, B2, B6, B12 dan C untuk membina kesihatan tubuh dan kecantkan kulit. Selain itu, ia juga mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga. Kandungan gizi dan fitokimia dari 100 gram ubi bit mengandungi tenaga sebanyak 42 kilo kalori, protein 1.6 gram, karbohidrat 9.6 gram, lemak 0.1 gram, kalsium 27 miligram, fosfor 43 miligram, zat besi 1 miligram dan vitamin A, B, C.
BAWANG
Bawang merah mengandungi tenaga 39 kal, protein 1.5 gram, karbohidrat 0.2 gram, lemak 0.3 gram, kalsuim 36 miligram, fosfor 40 miligram, dan zat besi 1 miligram. Selain itu di dalam bawamg merah juga terkandung vitamin A sebanyak 0 IU, vitamin B1 0,03 miligram dan vitamin C 2 miligram.
UBI KELEDEK
Ia bukan sahaja kaya dengan vitamin B, C, E tetapi mengandungi banyak zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji. (Per 100 g) 90 Kalori, Karbohidrat, Provitamin A, Vitamin C, B6, Mangan dan Kalium.
TERUNG UNGU
Dalam 100 gram terung ungu mengandungi tenga 17.4 kal, 1.2 g protein, lemak 0.2 g, kolesterol 0.0 mg, vitamin (A, B1, B2, B6 dan C) antara 0.0 mg hingga 2.8 mg serta potassium 187.0 mg kandungan air 92.5 g.