5 LANGKAH MENCEGAH PENYAKIT BILA DI DALAM KAPAL TERBANG DAN TIPS MENGEMBARA DENGAN SELESA

Sebagai individu biasa mahupun seorang atlet, kita mungkin kerap menggunakan perkhidmatan kapal terbang untuk bercuti dan juga menyertai sesuatu kejohanan. Banyak langkah-langkah kebersihan diri yang perlu diambil berat bagi mempastikan keselesaan sepanjang perjalanan dan yang lebih penting dapat mengelakkan jangkitan kuman yang bertebaran di dalam udara kabin kapal terbang.

Dalam tak sedar ramai di antara kita yang mengidap gejala demam batuk dan juga alahan semasa berada di dalam kapal terbang. Kesan dari jangkitan kuman mungkin benar-benar terasa apabila sudah berada di rumah dan membuat kita beranggapan kita mendapat jangkitan semasa berada di luar negara. Tetapi hakikatnya, kita mungkin dijangkiti semasa di dalam kabin kapal tebang. Ianya tidak mustahil kerana pulohan dan mungkin juga seratus penumpang bernafas dengan udara yang sama.

Berikut adalah 5 perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko penyakit dalam kabin kapal terbang:

1. Sekiranya penumpang disebelah anda sentiasa bersin atau terbatuk-batuk, bersuaralah dengan meminta dia menutup mulut atau memalingkan mukanya dari anda. Nampak seperti anda seorang yang tidak memahami situasi tetapi kesihatan anda adalah lebih mustahak. Tapi sekiranya itu sesuatu yang sukar dilakukan, sentiasa sediakan topeng mulut dan hidung dan dapatkan topeng muka dan hidung yang hipster jika anda seorang fashionista.

2. Menurut kajian travelmath.com, tandas di dalam kabin merupakan di antara tempat paling utama penyebaran kuman terutamanya alat pemegang pengepam tandas. Bawalah hand sanitizer dan gunalah kertas tisu tandas bagi mengeringkan permukaan tempat duduk tandas. Pastikan bersihkan tangan dan keringkan sebelum anda kembali ke tempat duduk.

3. The Table Seat– meja meletak makanan juga dikenalpasti sebagai salah satu tempat penyebaran kuman. Bayangkan penumpang sebelum anda mengalami cirit birit atau demam dan bayangkan pula mereka menggunakan table seat tersebut. Jadi, sebaiknya anda laplah table seat tersebut dengan hand sanitizer. Anda juga disarankan untuk mengelap tempat letak tangan dan beberapa lagi permukaan kabin berhampiran anda.

4. Pastikan anda mengambil air yang secukupnya dan berjalan jika keadaan cuaca mengizinkan. Kombinasi duduk terlalu lama dan kekurangan air boleh menyebabkan darah tersumbat di bahagian kaki. Di dalam sesetengah kes, ada penumpang yang mengalami kesukaran berdiri dan berjalan sehingga perlu mendapatkan rawatan lanjut.

5. Gunakan UV sunscreen protector sekiranya anda duduk bersebelahan tingkap. Ini kerana dipercayai sinaran UV lebih kuat dan membahaya kepada penumpang yang duduk berhampiran tingkap. Jaga kelembapan kulit dengan menyapu pelembab yang sesuai. Ini kerana suhu di dalam kabin yang agak sejuk boleh mengeringkan kulit dan bagi sesetengah orang akan mengundang alahan dan kegatalan.

Berikut pula adalah diantara tips mengembara di dalam kapal terbang untuk membolehkan anda travel dengan selesa

1. Semasa membuat tempahan tiket, pilihlah tempat duduk yang anda selesa. Ada yang tidak gemarkan cahaya terang jadi pilihlah tempat duduk di ailse.

2. Sediakan beg hand luggage untuk toiletteries dan ubatan anda. Ini akan memudahkan anda membersih diri dan merawat kesakitan anda.

3. Memakai pakaian yang selesa dan sesuai dengan keupayaan pergerakan anda. Sebagai contoh, mereka yang perlu sentiasa ke tandas, perlu memakai pakaian yang mudah ditanggalkan atau jika anda tidak tahan sejuk, bawalah sehelai baju sejuk.

4. Sediakan gula-gula untuk dimakan bagi mengelakkan sakit telinga akibat tekanan udara yang berubah sewaktu pelepasan.

5. Tahu adab dan gunakanya. Menjaga tingkah laku bukan sahaja menyenangkan orang di sekeliling malahan membantu anda untuk tidak stress sepanjang perjalanan.

Segala panduan yang diberikan bolehlah di amalkan bagi mengurangkan ketidak selesaan sepanjang perjalanan disamping mengurangkan risiko jangkitan kuman serta mendapat penyakit. Selamat mencuba dan semoga mendapat percutian yang menggembirakan. Kepada anda, para atlet, selamat berjuang dan semoga kejayaan di dalam genggaman.

Disediakan oleh:

Norida Barudin

Pen.Peg. Belia dan Sukan S38

PSISNT