PESONA TERENGGANU 2015

PUSAT SATELIT ISN TERENGGANU SEBAGAI TARIKAN UTAMA

Pesona Terengganu 2015 telah ‘membawa’ negeri ini ke ibu negara dalam program selama lima hari bermula 29 Oktober hingga 2 November 2015. Program ini dirintis bagi memberi nafas baharu ke arah melonjakkan kegiatan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri Terengganu.

Karnival di Dataran Merdeka dan Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu yang dijayakan seiring dengan pendekatan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) mempromosikan pelbagai tarikan di negeri ini dalam pelbagai bidang dengan kekayaan sumber alam, seni budaya dan warisannya di samping pelaburan dalam perniagaan.

Festival ini akan dijadikan aktiviti tahunan dengan memperkenalkan Terengganu melalui ‘Consumer Show’ dan ‘Trade show’ kepada masyarakat luar. Format ‘Consumer Show’ akan melibatkan aktiviti pameran, promosi dan jualan produk serta perkhidmatan Industri Kecil Sederhana (IKS) oleh usahawan Terengganu. Manakala ‘Trade Show’ pula memfokuskan kepada aktiviti pameran, penyampaian maklumat, seminar dan perbincangan mengenai kesemua sektor pembangunan sosio ekonomi Terengganu.

Pusat Satelit ISN Terengganu juga terlibat sebagai salah satu komponen yang melengkapkan peranan dan sumbangan Majlis Sukan Negeri Terengganu kepada Pembangunan dan kecemerlangan Sukan Negeri Terengganu. Sebagai menyahut aspirasi kerajaan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan massa, sukan lasak, sukan tradisional ke arah mewujudkan perpaduan nasional dan imej “Malaysia Cergas”, pihak PSISNT telah diberi tanggungjawab oleh MSNT untuk memberi perkhidmatan berupa ujian menentukan tahap kecergasan fizikal individu biasa dan bukannya khusus untuk atlet.

photo

photo

photo

photo

photo

Siri ujian ini terdiri dari 5 komponen asas kesihatan iaitu Body Composition, Flexibility, Muscular Endurance, Muscular Strength dan Aerobic endurance dirangka bagi tujuan individu melihat tahap kecergasan mereka serta apa yang perlu ditambah baik untuk membantu mereka menjadi lebih sihat dan cergas. Setiap ujian akan diberi markah mengikut skor yang dikategorikan sebagai Cergas, Kurang Cergas dan tidak cergas.

1. BODY COMPOSITION

Pegawai Pemakanan PSISNT memberi perkhidmatan mengukur peratusan lemak dalam badan, mengukur BMI dan Khidmat Runding berat badan. Peralatan yang digunakan ialah Omron Body Fat Analyzer.

2. FLEXIBILITY

Jangkauan Melunjur.

Satu ujian untuk mengukur tahap fleksibiliti pada otot hamstring. Fleksibiliti bermaksud keupayaan sendi bergerak pada julat yang maksimum. Perbezaan tahap fleksibiliti seseorang individu bergantung kepada karaktristik fisiologi yang mempengaruhi ekstensibiliti otot dan ligamen pada sendi. Antara faedah memiliki kelenturan yang baik antaranya menambah keupayaan individu untuk bergerak secara bebas dan mudah, mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan kerja dan mengurangkan risiko kecederaan. Peralatan yang digunakan adalah kotak jangkauan melunjur.

3. MUSCULAR STRENGTH

Hand grip.

Untuk mengukur kekuatan genggaman tangan. Peralatan yang digunakan ialah hand gripper.

4. AEROBIC ENDURANCE

Watt bike digunakan bagi mengukur Daya Tahan Kardiovaskular dan Daya Tahan Otot. Daya Tahan Kardiovaskular bermaksud kecekapan sistem peredaran dan sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang panjang semasa melakukan aktiviti. Manakala Daya Tahan Otot pula ialah keupayaan otot atau kumpulan otot dalam melakukan penguncupan untuk mengatassi sesuatu rintangan dalam masa yang lama.

Sepanjang tempoh berlangsungnya festival tersebut, booth PSISNT telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan turut mendapat kunjungan istimewa dari YAM Sultanah Nur Zahirah, Permaisuri Negeri Terengganu serta YAB Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Beasar Terengganu.

Festival ini akan menjadi acara tahunan yang akan diadakan di setiap negeri di Malaysia. Sehubungan dengan itu, PSISNT akan turut memainkan peranan mempromosi dan mendidik Sains Sukan kepada masyarakat umum disamping menggalakkan budaya bersukan dikalangan masyarakat. Turut diharapkan, melalui festival ini PSISNT akan terus mengukuhkan hubungan bukan sahaja dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu malah dengan semua agensi kerajaan dan swasta negeri Terengganu.

Disediakan oleh:
Norida Barudin
Pen.Peg. Belia dan Sukan S38
PSISNT