VITAMIN D BANTU KURANG TEKANAN DARAH, RANGSANG KECERGASAN

Tahukah anda pengambilan pil tambahan Vitamin D dapat mengurangkan tekanan darah dan merangsangkan kecergasan.

Menurut kajian penyelidik, kira-kira 10 juta penduduk di England kurang pengambilan bekalan makanan tambahan ini dan umpamanya, mereka yang mengambilnya boleh mengayuh basikal dengan tenaga yang minimum.

Kajian mendapati pengambilan Vitamin D secara berterusan akan dapat mengurangkan tekanan darah rendah dan meningkatkan prestasi senaman individu yang kerap mengambilnya sebagai makanan tambahan.

Penyelidik dari Universiti Queen Margaret di Edinburgh, Dr Raquel Revuelta Iniesta berkata “ Kajian utama kami mencadangkan bahawa pengambilan makanan tambahan Vitamin D mampu meningkatkan tahap kecergasan dan mengurangkan faktor risiko kardiovaskular seperti tekanan darah.”

Walaupun aktiviti berbasikal lebih 30 peratus daripada peserta diberikan plasebo tidak aktif, mereka menunjukkan petanda yang lebih rendah daripada melakukan senaman.

Tahap tekanan hormon kortisol juga rendah di dalam air kencing mereka yang mengambil vitamin dengan diberikan dos harian sebanyak 50 mikrogram

Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa Vitamin D dapat menghalang tindakan enzim yang diperlukan untuk membuat kortisol.