31 Mei 2016 (Selasa) – Perhimpunan Bulanan Institut Sukan Negara (ISN) bulan Mei yang telah berlangsung di Dewan Perdana ISN Bukit Jalil hari ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ISN, YBhg. Dr. Khairi Zawi. Beliau memulakan ucaptama dengan mengucapkan tahniah di atas penganjuran Program “Let’s Move Together”. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kakitangan ISN bagi memupuk lagi semangat budaya kerja yang lebih harmoni dan bermuafakat di ISN.
Sementara itu, YBhg. Dr. mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh warga ISN yang beragama Islam semoga produktiviti dan prestasi warga ISN akan terus meningkat sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita sama-sama memperbaiki kekurangan diri di samping berterusan menggilap kelebihan dan potensi yang ada.
Seterusnya, syabas dan tahniah diucapkan kepada Pn. Shaheraliza Ahmad Zakhan yang telah dinobatkan sebagai Pekerja Cemerlang Kategori Pegawai bulan Mei. Bagi Kategori Anggota, tahniah diucapkan kepada En. Mah Husin dan Muhammad Hazrul yang telah dinobatkan sebagai pekerja cemerlang bagi bulan Mei. Semoga kecemerlangan dan momentum ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.
Majlis telah diakhiri dengan sambutan Hari Lahir bagi Pegawai & anggota ISN yang meyambutnya pada bulan Mei.