Disediakan oleh: Mohd Zaid Mohd Ghazali, Ketua Pusat Pendidikan Profesional, Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan, Institut Sukan Negara
LONDON, 26 JUN 2017: Selepas meraih pengiktirafan daripada Majlis Sains Negara (NSC) sebagai Pusat Kecemerlangan Penyelidikandan Pembangunan(R&D) Teknologi Sukan Negara Mei lalu, Institut Sukan Negara (ISN) meneruskan usaha untuk menerokai bidang R&D teknologi sukan dengan menyertai pameran terbesar eropah, ‘The Elite Sports Performance & Rehabilitation Expo’ di ExCeL Exhibition Center, London, United Kingdom.
Berlangsung pada 7 Jun hingga 8 Jun 2017, acara yang paling interaktif dan komprehensif bagi profesion sukan elit eropah itu mengumpulkan 150 syarikat pengeluar produk sukan dan juga 50 penceramah professional seluruh eropah dan disertai oleh lebih 1500 orang peserta yang terdiri daripada jurulatih, penganalisis sukan, pengurus pasukan, atlet, pelajar dan penggiat sukan dari seluruh dunia.
Dua pegawai ISN dari Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan menyertai ekspo ini iaitu Ketua Pusat Pendidikan Profesional, Mohd Zaid Mohd Ghazali dan Jurutera Teknologi Sukan Pusat Pembangunan Penyelidikan, Mohamad Fauzi Ibrahim.
Ekspo selama dua hari tersebut memberi peluang peserta mengakses dunia inovasi dan pendidikan dalam bidang sukan dengan menyertai pelbagai acara seperti seminar, pameran dan pembentangan peralatan menerusi demonstrasi yang diadakan serentak bersama COPA dan European Neutro Convention. Demonstrasi produk inovasi tersebut memberi peluang kepada peserta untuk menguji dan merasai sendiri pengalaman menggunakan produk-produk sukan terkini di pasaran. Di antara produk yang dibentangkan ialah NovoThor – A Light Therapy Masterclass yang dipraktikkan oleh Juara Olimpik seperti MO Farah, Matt Controwitzdan Galen Rupp bagi mengurangkan kelesuan, meningkatkan kekuatan dan mempercepatkan proses pemulihan. Produk tersebut telah menerima anugerah Innovation of the year 2016 dari penganjur Elite Sports Rehabilitation Expo dan dipilih oleh projek Nike Oregon untuk digunapakai oleh atlet olahraga.
Selain itu, Whole Body Cryotherapy (WBC) for Rehabilitation & Recovery juga telah didemonstrasikan. Peralatan ini telah digunakan secara meluas di Eropah dalam proses pemulihan atlet (recovery & rehabilitation). Keupayaan untuk memulihkan atlet merupakan antara faktor yang membezakan antara kemenangan dan kekalahan.
Paling menarik barisan pakar-pakar prestasi sukan dan pengamal pemulihan dari kelab-kelab sukan professional dan university elit dari seluruh Eropah turut berkongsi pengetahuanmasing-masing antaranya pakar sains sukan bagi pasukan mendayung Britain Hannah Lawton, pengurus pasukan Powerlifting Paralimpik Britain Tom Whittaker, konsultan neurosurgeon pasukan Manchester United Prof. Dr. Walter Bini dan pemenang pingat perak sukan terjun pada Sukan Olimpik Athens 2004, Leon Taylor.
Bagi Ketua Pusat Pendidikan Professional ISN,Mohd Zaid Mohd Ghazali dalam memastikan Malaysia berupaya menyahut cabaran sukan atlet elit untuk berada di tahap optimum, pemulihan dengan kadar segera dan pencegahan kecederaan menggunakan teknologi dan pembangunan inovasi serta teknik-teknik terkini yang efektif perlu lebih diterokai.
“Selain itu perkongsian maklumat yang turut diperolehi dalam ekspo tersebut berkenaan kaedah menjalankan proses pencarian bakat ‘Talent ID’ yang merupakan satu proses yang bukan sekadar pelaporan data ‘spreadsheet’. Malah selain kriteria kecergasan menjadi keutamaan, pendedahan konsep ‘Winning Mentality, definisi ‘solid athlete’perlu diperincikan, kewujudan persekitaran yang lebihkompetitif, pendedahan sains sukan di peringkat awal TID dan faktor-faktor psikologi memberi impak yang besar terhadap penghasilan bakat pada masa depan,” kata Mohd Zaid.
Ekspo ini turut memberi peluang peserta dari kalangan syarikat pempamer untuk menjalinkan rangkaian samada dengan penggiat-penggiat sukan, media dan sesama mereka dalam pasaran yang kompetitif , mendapat maklum balas dan seterusnya menjana jualan.