Taklimat Rasionalisasi Skim Perkhidmatan

8 Jun 2016 (Rabu) – Satu sesi taklimat telah dijalankan oleh Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, Jabatan Sumber Manusia ISN dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dan Warga Kerja di Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN), Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Taklimat yang telah berlangsung di Dewan Perdana di sini telah disampaikan oleh dua orang pegawai dari KBS iaitu Encik Mohd Afendi, Ketua Penolong Setiausaha, Cawangan Perancangan Tenaga Manusia dan Pembangunan Organisasi serta Puan Ruhaya Ruzli, Penolong Setiausaha, Cawangan Perkhidmatan, Pengurusan Prestasi dan Naik Pangkat, KBS.

Taklimat ini diadakan bagi memberi penjelasan berkaitan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2016 – Rasionalisi Skim Perkhidmatan yang melibatkan 252 skim perkhidmatan seperti yang diumumkan oleh Ketua Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 13 April yang lepas.

‪#‎TeamKBS‬